al-Sakhawi Berpandangan Baca al-Fatihah Selepas Solat Untuk Dihadiahkan Kepada Orang Ramai Sebagai Bid'ah

alSakhawi dari mazhab alSyafie membidaahkan bacaan alFatihah selepas solat dan hadiah pahala kepada orang ramai.  al-Imam Syamsuddin Muhammad bin 'Abdul Rahman alSakhawi alSyafie, lahir 831H, di dalam kitabnya alAjwibah alMurdhiyah Fima Su'il alSakhawi 'Anhu Min alAhadith alNabawiyyah 2/721: soalan bilangan 184:
 
"Aku (alSakhawi) ditanya: tentang apa yang telah terbiasa dari ramai orang melakukannya terdiri dari bacaan alFatihah selepas solat-solat dan menghadiahkan pahalanya kepada umat islam sama ada yang hidup atau yang telah mati, maka aku jawab: "Tidak terdapat padanya dalam bentuk sedemikian sesuatu (dalil atau hujjah), bahkan ia termasuk apa-apa yang direka-rekakan. Wallahul musta'an."
 

Cetak  
Wallahu a'lam