SDI 1192: Masuk Masjid Ketika Azan Sedang Dilaungkan Pada Hari Jumaat

Soalan:

Ustaz..

Insyaallah.. soalan sy yg pertama..hari jumaat sampai masjid azan sedang di azan kan..

Menunggu selesai azan atau terus menunaikan solat Tahiyatul masjid..

Insyaallah.. mohon pencerahan..

Jawapan:

Ada perincian:

1. Jika Azan tersebut adalah azan Jumaat (azan Jumaat di Perlis atau azan kedua di negeri lain), di mana imam akan terus berkhutbah selepasnya, maka orang yang masuk ke masjid ketika azan ini dilaungkan hendaklah terus menunaikan solat tahiyyatul masjid sekalipun ketika azan sedang dilaungkan, agar dapat memberi tumpuan kepada khutbah yang akan disampaikan sebaik sahaja azan selesai. Hal ini sedemikian kerana, mendengar khutbah adalah lebih utama dari menunaikan solat tahiyyatul masjid dalam situasi pertama ini.

2. Azan pertama di negeri lain (tiada di Perlis). Sunat menunggu sebentar sehingga azan selesai dilaungkan, agar dapat menghimpunkan dua amalan soleh, iaitulah menjawab azan, setelah itu solat tahiyyatul masjid.


Cetak  
Wallahu a'lam