Soalan:
Assalammualaikum Ustaz
Saya ingin bertanya mengenai doa di dalam sujud. Adakah kita terus baca doa tersebut ataupun kena selawat dulu atau sebagainya
Mohon pencerahan Ustaz
Jawapan:
Tak perlu selawat dahulu, sebaliknya terus berdoa. Cuma saya cadangkan dahulukan membaca tasbih sekurang-kurangnya sekali kerana asalnya bacaan di dalam sujud adalah tasbih, setelah itu barulah disusuli dengn doa. Inilah pandangan yang dinyatakan oleh alSyeikh Muhammad bin Muhammad alMukhtar alSanqiti dalam syarah beliau terhadap kitab Sunan alTirmizi.