SDI 1199: Tayammum Ketika Cuaca Sejuk

Soalan:..

boleh kah sy bertayamum.. sedang kan ketika itu ade air..ini di sebabkan sejuk teramat sangat dan tidak memungkinkan utk mandi?

Jawapan: 

Boleh JIKA dengan menggunakan air akan mendatangkan kemudharat. Jika hanya sekadar sejuk yang tidak mendatangkan kemudharatan TIDAK BOLEH bertayammum bahkan WAJIB berwudhu dan dia bakal dikurniakan pahala berlipat kali ganda disebabkan memikul kepayahan berdasarkan hadis Nabi SAW kepada 'Aisyah RA: أجرك على قدر نصبك yang bermaksud: "pahalamu berdasarkan kadar kepayahan yang kamu alami."


Cetak  
Wallahu a'lam