Cara Membersihkan Kenajisan Babi
Mazhab Hanafi (al-Mabsuth oleh al-Syarkhasi 1/48 dan Bada-i’ al-Sana-i’ oleh al-Kasaniy 1/63), Maliki (Bidayah al-Mujtahid oleh Ibn Rusyd 1/29-30), Qaul Qadim al-Imam al-Syafi’ie (Raudhah al-Talibin oleh al-Nawawi 1/32 dan al-Majmu’ oleh al-Nawawi 2/586) dan berdasarkan salah satu riwayat dari Ahmad (al-Furu’ oleh Ibn al-Muflih 1/316) mengatakan kenajisan babi dapat dihilangkan dengan dibasuh sepertimana membasuh kenajisan lain (najis mutawassitah atau najis pertengahan). Pandangan ini juga menjadi pilihan al-Imam al-Nawawi yang berkata:
اعلَم أنَّ الرَّاجِحَ من حيث الدليلُ أنَّه يَكفي غسلةٌ واحدةٌ بلا ترابٍ، وبه قال أكثرُ العلماءِ الذين قالوا بنجاسة الخِنزيرِ، وهذا هو المختار؛ لأنَّ الأصلَ عدمُ الوجوبِ حتى يرِدَ الشَّرعُ، لا سيَّما في هذه المسألة المبنيَّة على التعبُّد
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa yang rajih dari sudut dalil bahawa (kenajisan babi) memadai membasuh sekali tanpa perlu ada tanah. Inilah yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama yang berpandangan akan kenajisan babi. Inilah pandangan yang al-Mukhtar, kerana asalnya ialah tidak wajib (menyamak seperti kenajisan anjing) sehingga adanya perintah dari syara’ terutamanya dalam permasalahan ini yang dibina di atas tujuan melakukannya kerana beribadah.” (al-Majmu'; 2/586)