SDI 0765: Surirumah Hadapi Masalah Solat Dengan Anak Menangis

Soalan: 
Assalamualaikum, saya surirumah yg mempunyai ramai anak2 kecil. Saya nak tanya mengenai solat, sekiranya nk solat sunat atau solat fardhu, kalau solat tu cepat tak mengapakah? Hanya membaca alfatihah tiada bacaan surah2 lain slps itu? Biasa bila saya bangun anak2 akan bangun sekali dan menagesh. Bnyak kali solat akhir waktu. Tetapi bila solat hanya baca alfatihah shja setiap raakaat buat kan saya rasa berdosa pula sbb cpt sangat siapnya solat...
 
Jawapan:
Solat puan sah jika memenuhi rukun dan syarat. Membaca SURAH selepas alFatihah tidak termasuk dalam rukun mahupun syarat sah solat.
 
Nasihat saya
Puan boleh bergerak di dalam solat menurut keperluan. Termasuk mendukung anak ketika solat dan meletaknya semula dan dukung semula menurut keperluan. Inilah pandangan yang lebih kuat kerana Nabi SAW pernah mendukung cucu baginda bernama Umamah ketika solat. Apabila hendak rukuk dan sujud baginda meletakkannya semula. Apabila bangun baginda mendukungnya lagi.

Cetak  
Wallahu a'lam