SDI 1267: Beristidlal Cara Tak Betul Kerana Hendak Membenarkan Bacaan Khusus Surah alNas Sebelum Solat

Soalan:

السلام عليكم
Mohon pndangan ust ttg hadis di atas yg menjadi sandaran bg amalan bacaan surah annas sblm takbir solat

Jawapan:
Hadis itu menyatakan Nabi membaca kedua-dua surah itu di dalam solat, bukan sebelum solat.

Soalan:
Apa petunjuk "dia" nabi baca d dlm solat Ust?

Jawapan:

Lafaz di dalam hadis ialah:

فقرأ بهما

Maksudnya: "Maka baginda MEMBACA kedua-dua surah itu (di dslam solat)."

Perbuatan membaca القراءة adalah di dalam solat BUKAN sebelum solat.

Jika nabi baca sebelum solat atau sebelum takbiratul ihram kerana hendak berlindung dengan kedua-dua surah tersebut, hadis akan menyebut: فَتَعَوَّذَ بهما yang bermaksud: "Baginda berta'awwuz (berlindung) dengan kedua-duanya."

Peristiwa ini berlaku dalam solat Subuh seperti yang dinyatakan di dalam syarah-syarah hadis. Hadis ini bermaksud baginda membaca surah al-Falaq dan al-Nas dalam rakaat pertama dan kedua selepas membaca al-Fatihah. Perbuatan baginda Nabi SAW ini menyalahi kebiasaan baginda yang lazimnya membaca surah-surah Tiwal al-Mufassal dalam solat Subuh. Namun dalam peristiwa tersebut baginda membaca surah al-Falaq dan al-Nas bagi menunjukkan kelebihan dan ketinggian kedudukan kedua-dua surah tersebut. 

 


Cetak  
Wallahu a'lam