MEMBERSIHKAN BUMI تطهير الأرض
Oleh: Ustaz Mohamad Abdul Kadir binSahak
Kata al-Sayyid Sabiq RH:
“Dibersihkan bumi yang terkena najis dengan mencurahkan air di atasnya berdasarkan hadis Abu Hurairah RA yang berkata: “
قَامَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي الْمَسْجِدِ فَقام إليه النَّاسُ ليقعوا به، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعُوهُ وَأَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ
Maksudnya: “Bangun seorang Arab Badwi lalu dia kencing di dalam masjid. Lalu orang ramaipun bangun untuk menghalangnya. Sabda Nabi SAW: “Biarkan dia, setelah itu curahkan ke atas air kencingnya sebekas air. sesungguhnya kamu semua diutuskan untuk memberi kelapangan bukan untuk memberi kesempitan.” Hadis diriwayatkan oleh al-Jama’ah melainkan Muslim.
Bumi juga menjadi bersih dengan kekeringan demikian juga apa-apa yang bersambung dengan bumi dalam keadaan tetap dan kukuh seperti pokok dan bangunan. Kata Abu Qilabah: “Kekeringan bumi adalah kesuciannya.” Kata ‘Aisyah RA:
زَكَاةُ الْأَرْضِ يُبْسُهَا
“Bumi menjadi bersih apabila ia kering.” riwayat Ibn Abi Syaibah. (al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwazi menyatakan: لا يثبت) Keadaan ini sekiranya najis itu cecair, adapun jika ia bukan cecair, maka bumi tidak menjadi suci melainkan dengan hilangnya ain atau ainnya berubah bukan najsi lagi.”
HURAIAN
- Yang dimaksudkan dengan mencurah air iaitulah mencurahkannya sehingga hilang ain najis. Kerana itu di dalam hadis terdapat kalimah سجلا atau ذنوبا ia memaksudkan دَلْوٌ yang menunjukkan kepada bekas yang dipenuhi dengan air. Demikian juga ia merujuk kepada bekas yang luas dan besar. (Lihat Fath al-Bari)
Oleh yang demikian, bumi terdapat najis di atasnya menjadi suci dengan curahan hujan yang menghilangkan ain najis. Inilah mazhab al-Hanabilah. Dinyatakan di dalam al-Insaf:
الصحيح من المذهب أن النجاسة إذا كانت على الأرض تطهر بالمكاثرة سواء كانت من كلب أو خنزير أو غيرهما، وعليه جماهير الأصحاب وجزم به كثير منهم
Maksudnya: “Pandangan yang Sahih di dalam mazhab ialah najis yang berada di atas bumi menjadi suci dengan menuangkan air yang banyak, samada untuk najis anjing, babi atau lainnya. Inilah majority al-Ashab dan ditegaskan oleh ramai dari kalangan mereka.”
Demikian juga mazhab Hanafi. Dinyatakan di dalam al-Fatawa al-Hindiyyah:
الأرض إذا تنجست ببول واحتاج الناس إلى غسلها، فإن كانت رخوة يصب الماء عليها وتدلك ثم تنشف بصوف أو خرقة يفعل كذلك ثلاث مرات فتطهر، وإن صب عليها ماء كثير حتى تفرقت النجاسة ولم يبق ريحها ولا لونها، وتركت حتى جفت تطهر.
Maksudnya: Bumi apabila bernajis dengan air kencing, sedangkan orang ramai hendak membasuhnya …..
- Para ulama berbeza pandangan apakah bumi menjadi suci dengan berlaku kekeringan. Para ulama hanafi berpandangan bumi menjadi suci dengan berlaku kekeringan. Dinyatakan di dalam Tabyin al-Haqa’iq:
والأرض باليبس وذهاب أثر النجاسة من اللون والرائحة والطعم فتصح الصلاة عليها دون التيمم. قال في الشرح: لا فرق بين الجفاف بالشمس والنار والريح.
Maksudnya: “Dan bumi dengan kekeringan dan perginya kesan najis terdiri dari warna, baud an rasa, maka sah solat di atasnya, tidak boleh al-Tayammum. Katanya di dalam al-Syarh: “Tiada perbezaan antara kering disebabkan cahaya matahari atau dibakar dengan api atau dengan angina.”
Pandangan para ulama mazhab Hanafi ini disepakati oleh sebahagian ulama mazhab Hambali sekalipun pandangan mazhab Hambali berbeza dengan Hanafi. Di dalam al-Insaf dinyatakan:
ولا تطهر الأرض النجسة بشمس ولا ريح ولا بجفاف أيضاً، وهذا المذهب وعليه جماهير الأصحاب وهو المعمول به في المذهب، وقيل تطهر في الكل، اختاره المجد، وصاحب الحاوي والشيخ تقي الدين وغيرهم
Maksudnya: “Dan bumi tidak menjadi suci dari najis dengan cahaya matahari, angin dan kekeringan. Inilah mazhab kebanyakan al-Ashab dan ia diamalkan di dalam mazhab (hambali). Dan dikatakan juga bumi menjadi suci dengan cahaya matahari, angin dan kekeringan. Pandangan ini dipilih oleh al-Majd, pemilik kitab al-Hawi dan al-Syeikh Taqiyuddin dan selain mereka.”
Adapun para ulama mazhab Syafie berdasarkan Qaul Qadim adalah sama dengan pandangan ulama mazhab Hanafi. Di dalam al-Majmu’ dinyatakan:
إذا أصاب الأرض نجاسة ذائبة في موضع فطلعت عليه الشمس وهبت عليه الريح فذهب أثرها ففيه قولان: قال في القديم والاملاء يطهر لأنه لم يبق شيء من النجاسة فهو كما لو غُسل بالماء، وقال في الأم: لا يطهر وهو الأصح لأنه محل نجس فلا يطهر بالشمس كالثوب النجس
Maksudnya: “Jika bumi terkena najis di suatu tempat, lalu cahaya matahari memarcar ke atasnya, angin bertiup sehingga hilang kesannya, maka ada dua pandangan: Katanya di dalam al-Qadim dan al-Imla’, menjadi suci kerana tiada lagi sesuatu dari najis tersebut, ia sama seperti jika dibasuh dengan air.” di dalam al-Umm pula katanya: “Tidak menjadi suci, dan inilah yang Asah, kerana ia adalah tempat najis, ia tidak menjadi suci dengan cahaya matahari sama seperti baju yang bernajis.”
- Pandangan yang rajih dalam masalah seumpama ini ialah: Apabila najis menjadi kering dalam bentuk tiada lagi kesan najis terdiri dari warna, bau dan rasa. Maka tidak wajib lagi menggunakan air untuk menghilangkannya. Bahkan apabila hilang sifatnya maka hilangnya hukumnya. Samada sifatnya hilang dengan menggunakan air atau dengan cecair yang lain atau dengan sebab lama bkeberadaannya dan terdedah kepada cahaya matahari dan angin.
Al-Syeikh Muhammad bin SOleh al-‘Uthaimin berkata:
ليس المراد بكون الأرض تطهر بالشمس والريح : مجرد الجفاف ؛ بل لابد من زوال الأثر حتى لا يبقى صورة البول أو الشيء النجس . وعلى هذا فنقول : إذا حصل بول في أرض ، ويبس ، ولكن صورة البول لازلت موجودة ، يعني أثر البقعة ، فإنها لا تطهر بذلك .
لكن لو مضى عليها مدة ، ثم زال أثرها : فإنها تطهر بهذا ؛ لأن النجاسة عين يجب التخلي منها ، والتنزه منها ؛ فإذا زالت هذه العين بأي مزيل : فإنها تكون طاهرة .
وأما الفرش .. التي تفرش بها الأرض ، سواء كانت لاصقة بالأرض ، أم منفصلة : لابد أن تغسل ، وغسلها بأن يصب عليها الماء ، ثم ينشف بالإسفنج ، ثم يصب مرة ثانية وثالثة ، حتى يغلب على الظن أنه زال أثر النجاسة
Maksudnya: “Bukan yang dimaksudkan dengan bumi menjadi suci dengan matahari dan angin itu hanya apabila ia kering. Bahkan mestilah dengan hilangnya bekas sehingga tiada lagi rupa air kencing atau sesuatu najis yang lain. Oleh itu kami nyatakan bahawa: Apabila terdapat air kencing di sesuatu kawasan di atas tanah, dan ia telah kering. Akan tetapi rupa air kencing masih ada iaitulah bekasnya masih ada, maka ia masih tidak dikira suci. Akan tetapi setelah berlaku tempoh yang lama, kemudian hilang bekas najis tersebut, maka ketika itu bumi tersebut menjadi suci. Adapun hamparan yang dibentang di atas bumi, samada ia bersambung dengan bumi atau terpisah. Ia hendaklah dibasuhkan iaitulah dengan dicurahkan air, setelah itu dikeringkan, kemudian dicurahkan air kali kedua, ketiga sehingga ghalabah al-Zhan kesan najis itu hilang.” (Fatawa Nur ‘Ala al-Darb)