Umrah العُمرة dengan dibaris dhommah atau Sukun bagi huruf م pada bahasa membawa maksud ziarah. Manakala ‘Imarah العمارة pula maksudnya berlawanan dengan meruntuhkan iaitulah memakmurkan. Justeru Umrah mengandungi maksud mengimarah atau memakmurkan rasa kasih dan sayang dengan menziarahi al-Baitul ‘Atiq (Kaabah) kerana sayang dan cintakan tuhannya.
Sebahagian ulama ada yang memberikan pengertian kepada umrah sebagai “Beribadah kepada Allah dengan melakukan tawaf di Kaabah, Sa’ie antara Sawa dan Marwah demikian juga menggunting atau mencukur rambut.” Ia disyariatkan sepanjang tahun, disunat memperbanyakkannya.
Apabila seseorang memulakan haji ataupun umrah, maka wajib dia menyempurnakannya. Allah SWT berfirman:
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ فَإِنۡ أُحۡصِرۡتُمۡ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۖ
Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan ´umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau karena sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat…” (al-Baqarah: 196)