Perbezaan Pandangan Dalam Sukatan Kadar Sa’ (Gantang)

Wujudnya perbezaan pandangan dalam menetapkan kadar satu Mud (المد) menyebabkan timbul pula perbezaan pandangan dalam menentukan kadar satu Sa’ (الصاع). Terdapat dua pandangan dalam menentukan kadar Sa’ ini:

Pertama: Satu Sa’ (الصاع) menyamai sukatan lapan Artal (أرطال). Inilah pandangan para fuqaha’ ‘Iraq terdiri daripada Abu Hanifah dan Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani[1]. Ini kerana mereka berpandangan satu Mud adalah dua Ritl (رطل). Dalil mereka antaranya:

  • Bahawa Nabi SAW berwudhu dengan satu Mud dan baginda mandi dengan satu So’.

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتوضأ بالمد، ويغتسل بالصاع إلى خمسة أمداد

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW dahulunya berwudhu dengan satu Mud dan baginda mandi dengan satu Sa’ sehingga lima Amdad.” (al-Bukhari dan Muslim)

  • Daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW:

كان يتوضأ برطلين، ويغتسل بالصاع ثمانية أرطال

Maksudnya: “Dahulunya baginda berwudhu dengan dua ritl dan mandi dengan satu sa’ iaitulah lapan artal.” (Riwayat al-Daraqutni)[2]

  • Di dalam Bada’ie al-Sona’ie 2/73 dinyatakan kadar Sa’ ‘Umar adalah sebanyak lapan Ritl.[3]

Kedua: Satu Sa’ menyamai 5 1/3 Ritl Baghdad. Inilah pandangan para fuqaha’ Hijaz, Malik, al-Syafi’ie, Ahmad dan selain mereka R’humullah. Dalil mereka antaranya:

  • Inilah kadar Sa’ Madinah yang diwarisi dari generasi ke satu generasi dari Rasulullah SAW.
  • Ahli Madinah adalah yang lebih mengetahui tentang Mikyal (ukuran isipadu) mereka. Abu Daud dan al-Nasa’ie telah menukilkan daripada Ibn ‘Umar yang Nabi SAW pernah bersabda:

المكيال مكيال أهل المدينة، والميزان ميزان أهل مكة

Maksudnya: “Mikyal adalah berdasarkan mikyal Ahli Madinah, manakala mizan[4] adalah berdasarkan mizan Ahli Mekah.”[5]

Hadis ini menunjukkan Ahli Madinah lebih mengetahui tangtang Mikyal (ukuran isipadu) kerana mereka terdiri dari para peladang dan petani. Adapun Mizan (ukuran berat) lebih sinonim dan lebih tepat menurut ukuran Ahli Mekah kerana mereka para peniaga.

Kata Ibn Hazm al-Andalusi RH:

وهذا أمر مشهور بالمدينة منقول نقل الكافة صغيرهم وكبيرهم، وصالحهم وطالحهم، وعالمهم وجاهلهم، وحرائرهم وإمائهم، كما نقل أهل مكة موضع الصفا، والمروة، والاعتراض على أهل المدينة في صاعهم ومدهم كالمعترض على أهل مكة في موضع الصفا والمروة ولا فرق، وكمن يعترض على أهل المدينة في القبر والمنبر والبقيع، وهذا خروج عن الديانة والمعقول... وقد رجع أبو يوسف إلى الحق في هذه المسألة إذ دخل المدينة ووقف على أمداد أهلها

Maksudnya: “Perkara ini masyhur di Madinah, dinukilkan secara nukilan menyeluruh, (dalam kalangan) yang kecil mahupun yang besar, yang saleh mahupun yang taleh, yang alim mahupun yang jahil, yang merdeheka atau yang hamba, sepertimana Ahli Mekah menukilkan kedudukan Safa dan Marwah. Dan menyanggahi Ahli Madinah dalam persoalan Sa’ dan Mud mereka, sama seperti seorang yang menyanggahi Ahli Mekah pada kedudukan Safa dan Marwah tiada perbezaan.. dan seperti sesiapa yang menyanggahi Ahli Madinah pada kedudukan Kubur (Nabi), Mimbar dan perkuburan al-Baqi’. Hal ini terkeluar dari (kaedah) beragama dan logik akal… sesungguhnya Abu Yusuf telah menarik pandangannya kepada kebenaran dalam masalah ini, ketikamana dia masuk ke Madinah dan mengetahui Mud Ahli Madinah.” (al-Muhalla 5/246)

Kisah Abu Yusuf menarik pandangannya kepada sukatan Ahli Madinah dinukilkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra 4/171, daripada al-Husain bin Walid yang berkata:

قدم علينا أبو يوسف من الحج، فأتيناه، فقال: إني أريد أن أفتح عليكم بابا من العلم همني تفحصت عنه، فقدمت المدينة، فسألت عن الصاع، فقالوا: صاعنا هذا صاع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قلت لهم: ما حجتكم في ذلك، فقالوا: نأتيك بالحجة عندنا، فلما أصبحت أتاني نحو من خمسين شيخا من أبناء المهاجرين والأنصار مع كل رجل منهم الصاع تحت ردائه، كل رجل منهم يخبر عن أبيه أو أهل بيته: أن هذا صاع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فنظرت فإذا هي سواء، قال: فعيرته، فإذا هو خمسة أرطال وثلث بنقصان معه يسير، فرأيت أمرا قويا، فقد تركت قول أبي حنيفة في الصاع، وأخذت بقول أهل المدينة. قال الحسين: فحججت من عامي ذلك، فلقيت مالك بن أنس فسألته عن الصاع، فقال: صاعنا هذا صاع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقلت: كم رطلا هو؟ قال: إن المكيال لا يرطل هو هذ ، قال الحسين: فلقيت عبد الله بن زيد بن أسلم، فقال: حدثني أبي، عن جدي: أن هذا صاع عمر رضي الله عنه .

Maksudnya: “Abu Yusuf sampai dari melaksanakan haji, maka kami datang menziarahinya, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku mahu memberitahu kepada kamu semua satu pintu ilmu yang menyibukkan aku tentangnya, lalu menjadi jelas tentangnya. Aku sampai ke Madinah, lalu aku tanyakan (pendudukan Madinah) tentang Sa’. Mereka berkata: “Sa’ kami ini adalah Sa’ Rasulillah SAW.” Aku berkata: “Apa hujjah kamu semua tentang perkara itu?” mereka menjawab: “Kami akan datangkan hujah kepada kamu esok.” Ketika keesokan hari mereka mendatangkan sejumlah 50 orang syeikh dari kalangan anak-anak kaum Muhajirin dan Ansar, setiap orang dari mereka bersama dengannya Sa’ yang dibawa di bawah kain selendangnya. Setiap mereka menceritakan daripada bapa dan ahli keluarganya bahawa Sa’ tersebut adalah Sa’ Rasulillah SAW. Lalu aku membelek Sa’ tersebut dan ternyata kesemuanya adalah sama, lalu aku menyukatnya dan mendapati ianya sebanyak 5 1/3 artal dengan sedikit kekurangan. Aku dapati sesuatu yang kukuh, maka aku tinggalkan pandangan Abu Hanifah dalam persoalan So’ dan mengambil pandangan penduduk Madinah.”

            Kisah yang berlaku kepada Abu Yusuf ini berlaku juga pada ulama lain. Imam al-Daraqutniy meriwayatkan daripada Ishak bin Sulaiman al-Razi yang berkata:

قلت لمالك بن أنس: يا أبا عبد الله، كم وزن صاع النبي - صلى الله عليه وسلم ؟ قال: خمسة أرطال وثلث بالعراقي، أنا حزرته. قلت: يا أبا عبد الله، خالفت شيخ القوم. قال: من هو؟ قلت: أبو حنيفة يقول: ثمانية أرطال؛ فغضب غضبا شديدا، وقال: قاتله الله! ما أجرأه على الله! ثم قال لبعض جلسائه: يا فلان، هات صاع جدك، ويا فلان، هات صاع عمك، ويا فلان، هات صاع جدتك، قال إسحاق: فاجتمعت آصع، فقال مالك: ما تحفظون في هذه؟ فقال هذا: حدثني أبي عن أبيه أنه كان يؤدي بهذا الصاع إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وقال الآخر: حدثني أبي عن أخيه أنه كان يؤدي بهذا الصاع إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم -. وقال الآخر: حدثني أبي، عن أمه أنها أدت بهذا الصاع إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم -. قال مالك: أنا حزرت هذه فوجدتها خمسة أرطال وثلثا، قلت: يا أبا عبد اللهرأحدثك بأعجب من هذا عنه؛ إنه يزعم أن صدقة الفطر نصف صاع، والصاع ثمانية أرطال. فقال: هذه أعجب من الأولى؛ يخطئ في الحزر، وينقص في العطية، لا بل صاع تام عن كل إنسان؛ هكذا أدركنا علماءنا ببلدنا

Maksudnya: “Aku berkata kepada Malik bin Anas: “Wahai Abu Abdillah, berapakah ukuran Sa’ Nabi SAW?” beliau menjawab: “5 1/3 Artal ‘Iraqi, aku telah nilainya.” Aku menjawab: “Wahai Abu Abdillah. Engkau telah menyalahi syeikh mereka.” Beliau bertanya: “Siapa syeikh mereka itu?” Aku menjawab: “Abu Hanifah yang berkata lapan Artal.” Lalu beliau (Imam Malik) bersangatan marah, seterunya berliau berkata kepada orang-orang yang sekitarnya: “Wahai fulan bawakan Sa’ datukmu, wahai fulan bawakan Sa’ bapa saudaramu, wahai fulan bawakan Sa’ datukmu.” Kata Ishak: “Lalu dihimpunkan Sa’-Sa’. Lalu Malik berkata: “Apa yang kamu semua hafaz dalam perkara ini?” Kata salah seorang dari mereka: “Menceritakan kepadaku bapaku daripada bapanya yang telah menunaikan (zakat) dengan Sa’ ini kepada Rasulullah SAW.” Kata pula lelaki yang seorang lagi: “Telah menceritakan kepadaku bapaku daripada saudaranya yang telah menunaikan (zakat) dengan Sa’ ini kepada Rasulullah SAW.” Berkata pula lelaki yang berikutnya: “Telah menceritakan kepadaku bapaku daripada ibunya yang telah menunaikan (zakat) dengan Sa’ ini kepada Rasulullah SAW.” Berkata Malik: “Aku telah sukat Sa’ ini dan mendapati ia sebanyak 5 1/3 Artal.” (Riwayat al-Daraqutni dan al-Baihaqi dengan Sanad Jayyid seperti yang dinyatakan oleh al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar 4/196)

            Selain daripada Imam Malik yang telah mengukur kadar satu Sa’ Nabi SAW, Imam Ahmad juga melakukan perkara yang sama. Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy mendakwa sekumpulan ulama telah menukilkan dari perkataan beliau yang berkata:

الصاع وزنته فوجدته خمسة أرطال وثلثي رطل حنطة. وقال حنبل: قال أحمد: أخذت الصاع من أبي النضر، وقال أبو النضر: أخذته من ابن أبي ذئب. وقال: هذا صاع النبي صلى الله عليه وسلم الذي يعرف بالمدينة. قال أبو عبد الله، فأخذنا العدس، فعيرنا به، وهو أصلح ما يكال به، لأنه لا يتجافى عن مواضعه، فكلنا به ووزناه، فإذا هو خمسة أرطال وثلث. وقال أحمد: هذا أصح ما وقفنا عليه، وما تبين لنا من صاع النبي صلى الله عليه وسلم 

Maksudnya: “Satu Sa’, aku telah ukur isi-padunya, aku mendapati ia sebanyak 5 1/3 Artal gandum.” Kata Hambal: “Berkata Ahmad: “Aku pernah mengambil satu Sa’ daripada Abi al-Nadhr. Kata Abu al-Nadhr: “Aku telah mengambilnya (Sa’) daripada Ibn Abi Zi’b, beliau berkata: “Sa’ ini adalah Sa’ nabi SAW yang dikenali di Madinah.” Kata Abu Abdullah: “Kami mengambil kacang ‘Adas, lalu kami menyukatnya dengan Sa’ tersebut, kacang ‘Adas itu lebih sesuai untuk diukur isi-padu dengan Sa’ tersebut, kerana kacang ‘Adas itu tidak berjauhan dari tempatnya. Lalu kami ukur (isi-padunya) dan timbang dengan menggunakan Sa’ tersebut. Ia sebanyak 5 1/3 Artal. Inilah yang lebih Sahih apa-apa yang kami temuinya, dan apa yang menjadi jelas terhadap kami berkaitan Sa’ Nabi SAW.” (al-Mughniy: 3/59)

--------------------------------------- 

[1] Bada’ie’ al-Sana’ie’ 2/108

[2] Kitab al-Toharah – Bab Miqdar al-Ma’ al-Mutathahhir Bih (باب مقدار الماء المتطهر به) 1/164, bil: 314. Namun hadis ini Dhaief. Kata al-Daraqutniy: “Menyendiri dengannya Musa bin Nasr (موسى بن نصر), beliau seorang Dhaief: تفرد به موسى بن نصر، وهو ضعيف”. Hadis ini juga dinilai Dhaief oleh Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy 1/294.

[3] Berdasarkan beberapa riwayat antaranya Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf, meriwayatkan bahawa Hasan bin Soleh berkata: “Sa’ ‘Umar lapan Artal." Al-Tahawi di dalam Syarh Ma’ani al-Athar daripada Ibrahim yang berkata: “Kami menyukat Sa’ Umar dan kami dapati ia Hijjajiy, dan al-Hijjajiy (الحجَّاجي) di sisi mereka adalah lapan Artal Baghdadiy." Namun terdapat beberapa nukilan riwayat lain dalam penentuan sukatan Sa’ Umar, ada yang berpandangan sukatan Sa’ ‘Umar adalah sebanyak 5 1/3 Artal. Kata Syarik: “Ia lebih banyak dari tujuh artal dan lebih kurang dari lapan artal.”. Muhammad Shams al-Haq al-‘Azhim Abadiy berkata: “Jika sahih keberadaan Sa’ ‘Umar RA lapan Artal bukan 5 1/3 Artal, maka dipikul bahawa Sa’ telah ditambah di zaman ‘Umar RA bagi tujuan Jabr al-Kasr (gandaan terdekat) (جبر الكسر) atau tujuan lain kerana keperluan di zaman beliau RA.” (Ghayah al-Maqsud Fi Hill Sunan Abi Daud 2/326-327, oleh Shams al-Haq al-‘Azhim Abadiy)

[4] Al-Mizan adalah dari kalimah al-Wazn (الوزن), menerusinya diketahui kadar sesuatu dari sudut berat. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 37/178)

[5] Abu Daud 2340 dan al-Nasa’ie 2/530


Cetak  
Wallahu a'lam