Soalan:
Assalamu'alaikum Ustaz Abdul Kadir
Saya ada soalan berkenaan mengerjakan solat sunat ba'diah. Adakah boleh mengerjakan dahulu solat sunat jenazah setelah solat fardhu, dan kemudian barulah mengerjakan solat sunat ba'diyah? Hal ini kerana, khususnya berlaku di tanah suci, tempoh antara selesainya solat fardhu dan imam memulakan solat sunat jenazah adalah sekejap sahaja, dan biasanya tidak sempat untuk solat sunat ba'diyah dahulu dengan kadar bacaan biasa. Mohon penjelasan, terima kasih
Jawapan:
Boleh nenunaikan solat jenazah sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu. Setelah itu baru menunaikan solat sunat ba'diah. Bahkan inilah yang Awla (lebih utama) bagi mentaati perintah Nabi SAW agar menyegerakan pengurusan jenazah. Di samping itu waktu menunaikan solat rawatib pula ada keluasan.
Kata Imam alNawawi RH:
"jika berhimpun (solat) jenazah, gerhana, atau hari raya, didahulukan (solat) jenazah, kerana dibimbangi berubah ia (jenazah)..."
Sekalipun demikian saya tidak nafikan ada perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini. Namun mendahulukan solat jenazah ke atas solat sunat rawatib lebih dapat mendatangkan manfaat untuk jenazah dari sudut dapat menghimpunkan jemaah yang lebih ramai juga.