Siapa Diwajibkan Solat Jumaat

SIAPA DIWAJIBKAN SOLAT JUMAAT

            Pembaca sekalian, ketahuilah solat Jumaat diwajibkan ke atas orang lelaki, orang yang merdeka, yang mukalaf dan yang bermukim yang tidak memiliki keuzuran.

Dalil pertama ialah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda:

رُفِعَ القَلمُ عن ثلاثةٍ: عنِ النَّائمِ حتَّى يَستيقظَ، وعنِ الصَّبيِّ حتى يَبلُغَ، وعنِ المجنونِ حتَّى يَعقِلَ

Maksudnya: “Diangkat pena (tidak dicatit) dari tiga orang: seorang yang tidur sehinggalah dia jaga, seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh dan seorang gila sehingga dia berakal.” (Riwayat Abu Daud 4403, al-Tirmizi 1423, Ibn Majah 2042, Ahmad 940. Diniai Sahih oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu’ 3/6)

            Dalil kedua berdasarkan hadis daripada Tariq bin Syihab RA (طارق بن شهاب) bahawa Nabi SAW bersabda:

الجُمُعة حقٌّ واجبٌ على كلِّ مُسلمٍ، إلَّا أربعةً: عبْدٌ مملوكٌ، أو امرأةٌ، أو صَبيٌّ، أو مَرِيضٌ

 Maksudnya: “Jumaat itu adalah hak yang wajib je atas setiap muslim melainkan empat: hamba yang dimiliki, wanita, kanak-kanan dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud 1067. Isnad hadis ini dinilai Sahih oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu’ 4/483)

            Dalil ketiga berdasarkan ijmak seperti yang dinukilkan oleh Ibn al-Munzir di dalam al-Ijmak[1] dan Ibn ‘Abd al-Barr di dalam al-Istizkar.[2]

------------------------------ 

[1] Kata beliau:

 أجمعوا على أن الجمعة واجبة على الأحرار البالغين المقيمين الذي لا عذر لهم

Maksudnya: “Kesemua ulama telah sepakat bahawa Jumaat itu wajib ke atas orang yang merdeka, baligh, bermuqim yang tiada keuzuran.” al-Ijma’, halaman 40

[2] Kata beliau:

 وأجمع علماء الأمة أن الجمعة فريضة على كل حر، بالغ، ذكر، يدركه زوال الشمس في مصرمن الأمصار وهو من أهل المصر غير مسافر

Maksudnya: “ulama telah bersepakat bahawa Jumaat itu fardhu ke atas setiap orang merdeka, baligh, lelaki, berada di bandar ketika tergelincir matahari dan orang itu pula dari kalangan penduduk bandar itu bukan seorang yang bermusafir.” Al-Istizkar 2/56)


Cetak  
Wallahu a'lam