Nabi SAW Pernah Membaca Potongan Ayat Yang Sempurna Dalam Solat

Soalan:

Ustaz, adakah bukti Nabi SAW membaca potongan ayat di dalam solat, maknanya baginda tidak membaca surah sempurna.

Jawapan:

Ya, ada.

Baginda pernah membaca ayat yang ke 136 dari surah al-Baqarah sahaja dalam rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah, iaitulah ayat:

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

dan baginda membaca ayat yang ke 64 dari surah Ali Imran dalam rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah solat yang sama iaitulah solat sunat Fajr. Ayat tersebut ialah:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibn ‘Abbas yang ada di dalam Sahih Muslim dan al-Nasa-ie.


Cetak  
Wallahu a'lam