Friday, August 22, 2008
I'tikaf di 10 Akhir Ramadhan
Pensyariatan i'tikaf sabit di dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijma' para ulama. Allah SWT berfirman :
Maksudnya: "Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail : "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang beri'tikaf, yang rukuk dan yang sujud." (al-Baqarah : 125)
Firman Allah swt lagi :
Maksudnya: "Dan janganlah kamu mencampuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid." (al-Baqarah : 186)
Di dalam hadith pula, 'Aisyah r.'anha berkata :
Maksudnya; "Adalah Nabi SAW sentiasa beri'tikaf pada 10 hari akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian isteri-isteri baginda beri'tikaf selepas kewatan baginda." (HR al-Bukhari dan Muslim)
Telah berlaku ijma' para ulama berkaitan pensyariatan i'tikaf. Perkara ini dinukilkan oleh ramai ulama seperti al-Nawawi di dalam al-Majmu', Ibn Qudamah di dalam al-Mughni dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Syarh al-'Umdah.
Syeikh Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz berkata di dalam Majmu' al-Fatawa: (Maksudnya): "Tiada keraguan, I'tikaf di masjid adalah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, (dilakukan) dalam bulan Ramadhan adalah lebih afdhal (lebih utama) dari bulan-bulan yang lain, ianya disyariatkan di dalam bulan Ramadhan dan selain Ramadhan."
Hukum I'tikaf
Asal hukum i'tikaf adalah sunat. Ibn al-Munzir berkata di dalam kitabnya al-Ijma' (ms 53): "dan telah bersepakat (semua ulama) bahawa i'tikaf itu adalah sunat, tidak diwajibkan ke atas orang ramai secara fardhu, melainkan seseorang telah mewajibkan ke atas dirinya dengan bernazar, maka ia menjadi wajib ke atasnya."
Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
Maksudnya: "Sesiapa telah bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah dia lakukannya, dan sesiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepada Allah maka janganlah dia lakukannya." (HR al-Bukhari). 'Umar RA juga pernah berkata kepada Nabi SAW:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku pernah bernazar ketika jahiliyyah untuk beri'tikaf satu malam di dalam masjid al-Haram." Jawab Nabi saw : "Tunaikanlah nazar-mu."
I'tikaf di 3 masjid
Kebanyakan ulama berpendapat tidak disyaratkan beri'tikaf di salah satu dari 3 buah masjid, iaitu masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan masjid al-Aqsa. Mereka berdalilkan dengan firman Allah swt :
Maksudnya: "Dan janganlah kamu mencampuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid-masjid." (al-Baqarah : 186)
Ayat di atas menyebut masjid secara umum, termasuk semua masjid. Ini menunjukkan dibenarkan beri'tikaf di semua masjid yang didirikan solat jamaah. al-Imam al-Bukhari telah mengisyaratkan perkara ini dengan keumuman ayat al-Quran di atas dengan katanya :
"Bab al-i'tikaf pada sepuluh akhir (Ramadhan), dan i'tikaf itu di masjid-masjid semuanya berdasarkan firman Allah , (Maksudnya :) "Dan janganlah kamu mencampuri mereka itu (isteri-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid-masjid."
Di samping itu telah menjadi amalan umat Islam beri'tikaf di masjid-masjid di tempat mereka seperti yang telah disebut oleh al-Tohawi di dalam Musykil al-Athar (4/205)
al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin pernah ditanya tentang persoalan ini dan beliau menjawab :
"I'tikaf di selain masjid yang tiga iaitu masjid al-Haram, al-Nabawi dan al-Aqsa adalah disyariatkan pada waktunya, dan tidak dikhususkan kepada masjid yang tiga itu sahaja, bahkan boleh dilakukan di masjid yang tiga itu dan masjid yang lain juga, inilah pendapat para imam umat Islam, pemuka mazhab yang diikuti seperti Imam Ahmad, Malik, al-Syafie, Abu Hanifah dan selian mereka RH berdasarkan firman Allah: "dan janganlah kamu semua mencampuri mereka itu (ister-isteri kamu), sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid-masjid. Demikianlah larangan-larangan ALlah, maka jangan kamu semua menghampirinya, demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia, mudah-mudahan mereka bertaqwa." (al-Baqarah : 186) Lafaz masjid-masjid (di dalam ayat) adalah umum kepada semua masjid di seluruh bumi, ayat ini terdapat di akhir ayat puasa yang merangkumi hukumnya kepada semua umat Islam di seluruh dunia, ia ditujukan kepada semua yang ditujukan (kewajipan) puasa. Ayat ini pula di akhiri dengan sasarannya (iaitulah untuk umat Islam seluruhnya) dengan firman Allah: (maksudnya): "demikian itulah larangan-larangan Allah, maka jangan kamu semua menghampirinya, demikian Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya kamu semua bertaqwa." (al-Baqarah : 186), mustahil apabila Allah berbicara kepada umat Islam seluruhnya, sebaliknya yang dimaksudkan adalah untuk sekumpulan manusia yang paling sedikit. Adapun hadith Huzaifah bin al-Yaman (bermaksud) : "Tidak ada i'tikaf melainkan di tiga masjid." Sekalipun hadith ini selamat dari kecacatan, ia hanya memaksudkan i'tikaf yang paling sempurna, iaitu iktikaf yang paling sempurna ialah i'tikaf yang dilakukan di tiga masjid ini (al-Haram, al-Nabawi dan al-Aqsa), ini disebabkan kemuliaan dan kelebihan (tiga masjid ini) tidak ada pada masjid-masjid yang lain. " (Fatawa al-Siyam. hal: 493)
al-Syeikh Ibn Baz pula berkata :
"Sah i'tikaf pada selain masjid yang tiga, melainkan hanya disyaratkan masjid itu didirikan jamaah, jika masjid itu tidak didirikan solat jamaah maka tidak sah i'tikaf di dalamnya, kecuali jika seseorang bernazar i'tikaf di salah satu masjid yang tiga, maka wajib dia beri'tikaf di masjid yang dinazarkan sebagai memenuhi nazarnya." (Majmu' Fatawa Ibn Baz : 15/444)
Apakah wanita juga beri'tikaf
HARUS bagi wanita beri'tikaf di masjid, sunnah i'tikaf ini adalah kepada lelaki dan wanita. Dalil dalam perkara ini adalah perkataan 'Aisyah r.anha yang bermaksud: "Adalah Nabi SAW sentiasa beri'tikaf pada 10 hari akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian isteri-isteri baginda beri'tikaf selepas kewatan baginda." (HR al-Bukhari dan Muslim)
Seseorang wanita boleh beri'tikaf keseluruhan 10 hari yang akhir dalam bulan Ramadhan jika dia mampu. Jika tidak, dia beri'tikaf sekadar apa yang mudah baginya seperti sehari, dua hari, semalam atau kurang dari yang itu.
al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdullah bin Baz berkata: "I'tikaf adalah menetap di dalam masjid untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, sama ada dalam tempoh yang lama atau seketika, ini kerana tidak terdapat dalil yang menunjukkan had tertentu - sekadar yang kami tahu - tiada (ketentuan sehari), dua hari atau lebih." (Fatawa al-Syeikh Ibn Baz: 15/441)
Keluar dari masjid ketika beri'tikaf
Asalnya orang yang beri'tikaf tidak boleh keluar dari masjid melainkan jika ada keperluan yang tidak dapat dielakkan atau yang tidak dapat dilakukan di dalam masjid seperti berwudhu, mandi dan buang air berdasarkan perkataan 'Aisyah :
Maksudnya: "Bahawasanya Nabi SAW apabila baginda beri'tikaf, baginda tidak memasuki rumah baginda melainkan untuk keperluan/hajat keinsanan." (HR Muslim)
Maka apabila seseorang mempunyai hajat untuk memenuhi temujanji dengan doktor contohnya, dan dia tidak boleh menangguhkannya lagi, maka dia boleh keluar dari masjid untuk memenuhi temujanjinya itu.