Persoalan ini telah ditanya kepada al-Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman bin Jibrin R.H.. Saya terjemahkan soalan dan jawapan itu di bawah ini:
Soalan: “Apakah boleh melakukan istikharah terhadap urusan yang berbagai dengan satu solat dan satu doa Istikharah.”
Jawapan: “Boleh melakukan perkara tersebut, dan kamu jadikan solat itu sebagai wasilah untuk doa selepasnya, maka tidak ada larangan dengan dua permohonan istikharah ataupun lebih selepas sekali solat, maka dia sebutkan di dalam doa istikharahnya: “Ya Allah sekiranya hajat-ku yang ini dan hajat-ku yang itu (dengan dia sebutkan hajat-hajatnya itu), baik untuk aku… maka permudahkanlah hajat-hajat ku itu… hinggalah ke akhir doa”[1]
Dalam masa yang sama tidak dinafikan cara yang lebih afdhal adalah dengan setiap satu hajat dilakukan satu solat dan doa al-Istikharah.
---------------------------------------
[1] Lamanweb rasmi al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman Jibrin R.H. Fatawa fi Solah al-Istikharah, Soalan no 12.