Meminta Orang Lain Melakukan Istikharah

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

"الاسْتِخَارَةُ لَا تَجُوْزُ إلَّا مِمَّنْ أرَادَ وَهَمَّ، وَلَا يَصْلُحُ أنْ يَسْتَخِيْرَ لِغِيْرِهِ حَتَّى لَوْ وَكَّلَهُ وَقَالَ: اسْتَخِرْ اللهَ لِيْ ؛ لِأَنَّ الرَّسُوْلَ عَلَيْهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام قَالَ : (إذَا هَمَّ أحَدُكُمْ بِالْأمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَقُوْلُ : .... وذكر الحديث) كَمَا أنَّهُ لَوْ دَخَلَ اثْنَانِ الْمَسْجِدَ وَقَالَ أحَدُهُمَا لِلْآخَرِ: صَلِّ عَنِّيْ رَكْعَتَيْنِ تَحِيَّةَ الْمَسْجِدِ وَأناَ سَأجْلِسُ ، لَا يَصِحّ هَذَا ، فَصَلاةُ الاستْخَارَةِ مُتَعَلِّقَةٌ بِنَفْسِ الْمُسِتَخِيْرِ الَّذِيْ يُرِيْدُ أنْ يَفْعَلَ"

Maksudnya: “al-Istikharah, tidak boleh dilakukan melainkan oleh orang yang hendak (melakukan sesuatu perbuatan tersebut), dan tidak boleh dia beristikharah untuk orang lain, sekalipun orang itu mewakilkan kepadanya, seperti katanya: “Istikharahlah kepada Allah untuk-ku.” Ini kerana Rasul S.A.W. bersabda: (“Apabila seseorang daripada kamu hendak melakukan sesuatu urusan, maka tunaikanlah solat sunat dua rakaat, kemudian dia mengucapkan (doa)… lalu beliau menyebut hadith solat al-Istikharah.) Sama seperti dua orang yang memasuki masjid, lalu salah seorang berkata kepada kawannya: “Solatkan untuk aku dua rakaat tahiyyatul masjid, aku akan terus duduk.” Perkara sebegini tidak boleh, maka solat al-Istikharah bergantung dengan orang yang hendak beristikharah untuk melakukan sesuatu perbuatan.”[1] 

 -----------------------------------

[1] Liqa al-Bab al-Maftuh, bil. 83


Cetak  
Wallahu a'lam