Istikharah dan Mimpi

            Ramai di kalangan umat Islam yang beranggapan, Istikharah mesti dituruti dengan mimpi sebagai jawapan kepada yang dipinta di dalam doa. Sehinggakan sebahagian orang berlebih-lebihan dengan mengganggap sesiapa yang melakukan istikharah, tetapi tidak mendapat sebarang mimpi petunjuk, ia menunjukkan istikharah itu tidak diterima dan tidak sah.

            Pandangan ini sama sekali tidak ada asasnya di dalam agama. Beberapa  ulama telah memberi peringatan terhadap kefahaman yang salah ini. Antara mereka ialah al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin R.H. yang berkata:

Maksudnya: “Tidak disyaratkan orang yang melakukan istikharah akan melihat (di dalam mimpi) sesuatu yang menunjukkan kepadanya perkara yang lebih utama untuk dia lakukan. Sebaliknya memadai apabila sesuatu urusan itu menjadi mudah kepadanya selepas dia melakukan istikharah, maka dia hendaklah ketahui, itulah perkara yang baik untuknya, jika dia telah berdoa kepada Tuhannya dengan benar dan ikhlas, kerana di dalam doa istikharah ada ungkapan: “Ya Allah, jika Engkau mengetahui perkara ini – dia sebutkan urusannya itu – baik buat-ku, agama-ku, kehidupan-ku, untuk masa terdekat dan akan datang, maka takdirkanlah perkara itu kepada-ku dan mudahkanlah ia untuk aku.”[1]

 -------------------------------------------

[1] Fatawa Nur ‘ala al-Darb, bab Fatawa Solat/Solat al-Istikharah.


Cetak  
Wallahu a'lam