Berhimpun Untuk Berqiyamullail

Ulama mazhab Hanafi, Syafi'ie memakruhkan berhimpun untuk menghidupkan mana-mana malam di masjid-masjid selain Tarawih. Mereka berpandangan berdasarkan sunnah, menghidupkan malam (berqiyamullail) itu dilakukan bersendirian. Ulama mazhab Syafi'ie memakruhkan, namun sah (jika dilakukan). Manakala ulama mazhab Hambali  berpandangan harus menghidupkan malam (berqiyamullail) dengan melakukan solat qiyamullail secara berjemaah, sepertimana mereka juga mengharuskan ianya dilakukan secara sendirian. Hal ini kerana Rasul SAW pernah melakukan kedua-duanya. Akan tetapi kebanyakan solat sunat baginda dilakukan secara bersendirian, cumanya baginda pernah melakukannya bersama Huzaifah sekali, bersama Ibn 'Abbas sekali, bersama Anas dan ibunya sekali.

Ulama mazhab Maliki pula membezakan antara menghidupkan malam dengan jemaah yang banyak atau sedikitt, demikian juga antara tempat yang masyhur dengan yang tidak. Mereka mengharuskan tanpa ada hukum makruh perhimpunan sejumlah kecil di tempat yang tidak masyhur, melainkan (perhimpunan itu) berlaku pada malam yang telah dijelaskan kebid'ahan berhimpun pada waktunya seperti malam 15 Syaaban dan malam 'Asyura, maka jika berlaku ia dimakruhkan. (lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 2/233)  


Cetak  
Wallahu a'lam