SDI 1056: Jangan Sebut Amin Ketika Bahagian Ini Dibaca Di Dalam Qunut

Soalan:

 

Ustaz, ketika imam doa qunut witir dlm solat tarawih, waktu imam baca innaka taqdhi wala yuqdha alaik... sehingga ke akhirnya, makmum kena aminkan?

Jawapan:

Ketika imam membaca dlm qunut:

إِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ ، وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ولا يعز من عاديت تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ

Maksudnya: "...Sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan dikenakan hukum, dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin,
dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya..."

Terdapat berbagai pandangan ulama. Sbhgian mereka menganjurkan agar makmum diam sahaja ketika imam membaca bahagian ini di dlm qunut. Sebahagian lain berpandangan makmum menyebut Subhanallah. Sebahagian lain menganjurkan makmum juga membaca sptmana bacaan imam. Ada juga yg berpandangan makmum mengaminkan juga bacaan tersebut.

alSyeikh Soleh bin 'Abdullah bin Hamad al'Ushaimi berpandangan tindakan yg lebih hampir dgn sunnah ialah makmum diam sahaja ketika imam membaca bahagian tersebut. Jika makmum menyebut Subhanallah, maka ia suatu yg harus. Beliau tidak bersetuju makmum mengaminkan bacaan imam pd bahagian tersebut.

Beliau berpandangan perbuatan mengaminkan bahagian tersebut sama spt larangan di dlm hadis dr seseorg menyebut السلام على الله yg bermaksud: "keselamatan ke atas Allah."

Larangan ini, dinyatakan oleh baginda apabila sbhgian sahabat menyebutnya di dlm tasyahhud mereka. Lalu baginda berkata:

لا تقولوا السلام على الله فإن الله هو السلام

Jangan kamu semua berkata: keselamatan ke atas Allah, krn sesungguhnya Dialah Allah Tuhan yg Maha Keselamatan"

Jika Allah Tuhan Yg Maha Keselamatan. Di mana alSalam itu adlh salah satu namaNya. Dia juga bersifat dgn sifatnya. Maka bagimana mungkin bagi seseorg hamba memohon keselamatan utk Allah pula?

Maka sama halnya dgn sebutan bahagian qunut yg berbunyi: إنك تقضي ولا يقضى عليك yg bermaksud: "Sesungguhnya Engkaulah yg menghukum dan bukan dihukum"

Jika makmum menyebut "amin" setelah imam membaca bahagian ini, sedangkan amin itu bermaksud "Ya Allah perkenankanlah", maka makmum itu spt berdoa: "Ya Allah jadilah Engkau Tuhan yang menghukum bukan dikenakan hukuman"

Maka ini suatu yang TIDAK PATUT dan salah.

WA


Cetak  
Wallahu a'lam