SDI 1161: Tak Boleh Dukung Bayi Ketika Solat? Benarkan Arab Dahulu Mengkhatankan Anak Mereka Ketika Masih Bayi?

Soalan:

 

Salam ustaz, boleh dak ustaz jawab kt page ustaz? Byk org tnya ttg ni.

Jawapan:

1. Perbuatan mendukung bayi ketika solat thabit di dalam hadis. Antaranya berdasarkan hadis alBukhari dan Muslim yg meriwayatkan perbuatan Nabi SAW pernah mendukung Umamah binti Abi al'Ash di dlm solat Jamaah mengimamkan para sahabat. Umamah pd ketika itu masih seorg bayi. Hadis tersebut diriwayatkan drpd Abi Qatadah RA katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلأَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

Maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW dahulunya pernah menunaikan solat dan baginda mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulullah SAW, dan (suami Zainab) Abi al'Ash bin alRabi' bin 'Abd alSyams. Apabila baginda hendak sujud, baginda meletakkannya (cucu perempuan baginda bernama Umamah tersebut). Apabila baginda bangun, baginda mendukungnya semula."

Perbuatan Nabi SAW meletakkan Umamah apabila hendak sujud dan mendukungnya semula apabila bangun dijadikan alasan oleh alImam alNawawi ketika beliau menolak sbhgian pandangan ulama yg mengatakan ia berlaku secara tidak sengaja. Saya nukilkan perkataan beliau di bawah nanti.

alImam alSyafi'ie di dlm alUmm dan Musnad alSyafi'e, setelah menyertakan hadis ini berkata:

وثوب أمامة ثوب صبي

Maksudnya: "baju (yang dipakai) Umamah (ketika itu) adalah pakaian seorg bayi."

Perkataan alImam alSyafi'ie ini difahami memaksudkan pakaian tersebut tak ada jaminan tiada najis, apatah lagi di zaman tersebut tiada lampin pakai buang spt hari ini. Apabila tiada jaminan maka hukum yg dibina adalah hukum asal iaitulah suci, sehinggalah terbukti ada najis baru dihukum bernajis.

Bolehnya mendukung bayi di dlm solat atas dasar hukum asal bayi adalah suci, sama ada di dlm solat fardhu mahupun sunat disebut oleh ulama mazhab alSyafi'ie sendiri, antara mereka itu ialah alImam alNawawi sehinggakan beliau di dlm Syarhnya kpd Sahih Muslim meletakkan satu bab dgn katanya:

باب جواز حمل الصبيان في الصلاة
وأن ثيابهم محمولة على الطهارة حتى يتحقق نجاستها وأن الفعل القليل لا يبطل الصلاة وكذا إذا فرق الأفعال

Maksudnya: "Bab (berkaitan) harus memikul/mendukung kanak2 di dlm solat dan bahawasanya pakaian mereka dikira suci sehinggalah terbukti kenajisannya, dan perbuatan yg sedikit tidak membatalkan solat demikian juga jika dipisah2kan beberapa perbuatan."

Keharusan memikul atau mendukung bayi ketika solat dlm mazhab alSyafi'e merangkumi imam, makmum demikian juga yg solat bersendirian. alImam alNawawi juga membantah pandangan ulama mazhab Maliki yg berpandangan boleh di dlm solat sunat shj dengan katanya:

وهذا التأويل فاسد لأن قوله يؤم الناس صريح أو كالصريح في أنه كان في الفريضة، وادعى بعض المالكية أنه منسوخ وبعضهم أنه خاص بالنبي صلى الله عليه وسلم وبعضهم أنه كان لضرورة، وكل هذه الدعاوى باطلة ومردودة فإنه لا دليل عليها ولا ضرورة إليها بل الحديث صحيح صريح في جواز ذلك وليس فيه ما يخالف قواعد الشرع لأن الآدمي طاهر وما في جوفه من النجاسة معفو عنه لكونه في معدته وثياب الأطفال وأجسادهم على الطهارة

Maksudnya: "takwilan ini satu yg rosak kerana perkataan rawi hadis: "baginda mengimamkan orang ramai" adalah jelas ia solat fardhu. Dakwaan sbhgian ulama Maliki yg mengatakan keharusan ini telah dimansukhkan dan sebahagian lain mengatakan ia khusus kpd baginda SAW shj, sebahgian lain mengatakan ia berlaku krn ada keperluan mendesak, semua dakwaan ini adalah batil lagi tertolak krn tiada dalil yg menyokong pandangan2 tersebut dan tiada keperluan mendesak (baginda) melakukannya. Bahkan hadis tersebut adalah sahih lagi jelas akan keharusan mendukung bayi, tiada apapun yg menyalahi kaedah2 syarak kerana seseorg anak adam adalah suci, apa2 najis yg ada di dlm perutnya termasuk sesuatu yg dimaafkan krn ia berada di dlm. Demikian jiga pakaian kanak2 dan jasad mereka adalah suci." (Syarh Sahih Muslim oleh alNawawi 5/31-32)

alImam alNawawi juga membantah pandangan alKhattabi yg mengatakan perbuatan Nabi SAW itu dilakukan oleh baginda secara tidak sengaja dgn katanya:

وهو باطل ودعوى مجردة ومما يردها قوله في صحيح مسلم فإذا قام حملها

Maksudnya: "pandangan ini batil dan semata2 dakwaan, termasuk perkara yg menolak dakwaan ini ialah hadis di dlm Sahih Muslim: "Apabila baginda bangun, baginda mendukungnya (Umamah)." (Syarh Muslim oleh alNawawi 5/32)

2. Hukum-hakam tidak boleh dibina di atas "jika". Hasilnya berlakulah kesalahan spt yg difahami oleh sbhgian org. Dakwaan yg mengatakan org arab biasanya mengkhatankan anak mereka ketika sianak berusia 7 hari tidak diketahui asal-usulnya. Bahkan bukti yg ada menunjukkan para sahabat mengkhatankan anak mereka ketika sianak menghampiri umur baligh. Hal ini berdasarkan antaranya perkataan Ibn 'Abbas RA ketika ditanya: "seumpama siapa anda ketika Nabi SAW wafat?" Lalu beliau menjawab:

أنا يومئذ مختون"، قال: "وكانوا لا يختنون الرجل حتى يدرك

Maksudnya: "Aku pada ketika itu seorg kanak2 yg telah dikhatankan." Beliau juga berkata: "mereka dahulunya (para sahabat), tidak akan khatankan seseorg lelaki sehinggalah (hampir) baligh." (Fath alBari 11/91)

Perkataan Ibn 'Abbas mengaitkan waktu baginda SAW wafat dgn beliau telah dikhatankan ialah perbuatan menisbahkan sesuatu dgn sesuatu yg hampir iaitulah beliau baru shj dikhatankan.

alSyeikh Dubyan bin Muhammad alDubyan دبيان بن محمد الدبيان di dlm Mausu'ah Ahkam alTaharah berkata: "perkataan beliau: حتى يدرك iaitulah sehingga hampir baligh."

Ibn alQayyim di dlm Tuhfah alMaulud 124 berkata: "iaitulah menghampiri baligh."

Berapakah umur Ibn 'Abbas ketika baginda SAW wafat?

alSafarini di dlm Kasf alLitham Syarh 'Umdah alAhkam berpandangan ketika Nabi SAW wafat, Ibn 'Abbas RA berumur 13 tahun. (1/347)

Muhammad Anwar alKasymiri di dlm Faidh alBari 'Ala Sahih alBukhari berkata: "Makna perkataan Ibn 'Abbas: "Aku ketika itu (ketika baginda SAW wafat) seorg yg telah (baru) dikhatankan." iaitulah pada ketika itu, bukan beliau menceritakan berkaitan (waktu) khatannya yg (telah lama) lalu." (6/214)

Ibn Hubairah ابن هبيرة (w560H) di dlm alIfsah 'An Ma'ani alSihah berkata:

وفيه أن الأولى أن لا يختن الصغير، بل يترك إلى حالة الكبر.

Maknanya: "Padanya (perkataan Ibn 'Abbas itu) menunjukkan bahawa yg lebih utama tidak dikhatankan bayi kecil, sebaliknya dibiarkan sehingga keadaannya besar (menghampiri baligh)." (3/159)

Ibn Hajar di dlm Fath alBari menyatakan Ibn 'Abbas di lahirkan 3 tahun sebelum berlaku peristiwa Hijrah, maka ketika kewafatan baginda, beliau berumur 13 tahun. Inilah yg telah diputuskan oleh pakar sejarah. Ibn 'Abd alBarr selain menilai sahih pandangan ini, beliau juga mendatangkan riwayat drpd Ibn 'Abbas dgn sanad yg sahih yg berkata: "daku dilahirkan ketika Bani Hashim di alSi'b الشعب (di tempat tinggal Abi Talib ketika peristiwa pemulauan 'Am alHuzn)"

Ibn Hajar al'Asqalani membuat kesimpulan dan memahami dr beberapa hadis2, bahawa Ibn 'Abbas mencapai usia baligh sebelum kewafatan Nabi SAW dan selepas peristiwa Haji Wada'. Beliau menyatakan riwayat2 yg menyebut beliau berumur 10 tahun ketika baginda wafat adalah dalam bentuk sebutan menggundar ke angka puluh terdekat. Dlm riwayat Ahmad pula ada dinyatakan Ibn 'Abbas ketika itu berumur 15 tahun boleh difahami dr riwayat ini beliau sebenarnya ketika kewafatan baginda, beliau berumur 13 tahun lebih. Sebutan 15 tahun bagi tujuan gundarkan keangka ganjil terdekat. (Fath alBari 11/93)

Berdasar nukilan2 ini menunjukkan dakwaan yg mengatakan org 'Arab berkhatan ketika masih bayi adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan realiti di zaman Nabi SAW.

3. TIDAK BOLEH dihukum sbg najis hanya kerana seseorg kanak2 belum berkhatan. Tiada ulama yg berhukum sedemikian. Ini krn keberadaan najis bagi kanak2 yg belum berkhatan adalah sesuatu yg zhan, sedangkan yg yakinnya dia seorg yg suci berdasarkan kaedah "sesuatu yg yakin tidak boleh digugurkan dgn sesuatu yg syak". Kerana itu ulama mazhab alSyafi'e ketika menyebut golongan yg makruh menjadi imam mereka memasukkan juga org yg tidak berkhatan. (alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah 6/212)

WAFB IMG 1580389183658


Cetak  
Wallahu a'lam