Fidyah

Satu mud atau satu cupak makanan asasi sesuatu tempat diserahkan kepada seorang fakir atau miskin. Boleh menyerahkan dua fidyah atau lebih kepada seorang miskin kerana setiap cupak adalah kaffarah bersendirian. Namun tidak boleh diserahkan kepada seorang miskin kurang dari satu cupak sebagai fidyah. Ini kerana fidyah adalah ganti untuk sehari puasa.

Fidyah diwajibkan ke atas mereka yang mati dalam keadaan tertanggung ibadah puasa Ramadan atau selainnya Ramadan yang wajib seperti puasa nazar atau kafarrah.

Demikian juga jika seseorang berbuka puasa dalam bulam Ramadan kerana keuzuran, wajib ke atasnya fidyah jika dia meninggal dunia dalam keadaan memiliki waktu melaksanakan qadha namun dia tidak melaksanakannya. Adapun jika dia tidak memiliki waktu untuk qadha, maka tidak perlu dikeluarkan fidyah bagi puasanya itu.

Bagi sesiapa yang sengaja tidak berpuasa Ramadan, kemudian meninggal dunia, wajib dikeluarkan fidyah sama ada dia memiliki waktu untuk qadha ataupun tidak berdasarkan mazhab Syafi’ie.

Fidyah dikeluarkan dari harta yang ditinggalkan oleh seseorang.

Harus bagi ahli keluarga berpuasa bagi pihak jenazah yang tertanggung fidyah sebagai ganti. Boleh jugaa orang lain dari ahli keluarga berpuasa untuk jenazah dengan syarat mendapat keizinan dari ahli keluarga. Demikian juga bukan ahli keluarga boleh berpuasa untuk jenazah jika telah mendapat keizinan dari jenazah sebelum meninggal dunia.

Mengeluarkan fidyah dalam bentuk memberi makanan adalah lebih afdhal berbanding qadha yang dilaksanakan oleh wali atau orang lain. Namun tidak boleh berpuasa untuk orang yang masih hidup dengan sepakat para ulama.

Demikian juga wajib keluarkan fidyah sebagai ganti puasa bagi mereka yang tidak mampu berpuasa disebabkan tua atau sakit yang tiada harapan sembuh.   


Cetak  
Wallahu a'lam