Bolehkah Fidyah Puasa Diberikan Kepada Seorang Sahaja?

Kata al-Imam al-Nawawi RH: 

(كُلُّ مُدٍّ مِنْهَا مُنْفَصِلٌ عَنْ غَيْرِهِ فَيَجُوزُ صَرْفُ أَمْدَادٍ كَثِيرَةٍ عَنْ الشَّخْصِ الْوَاحِدِ وَالشَّهْرِ الْوَاحِدِ إلَى مِسْكِينٍ وَاحِدٍ أَوْ فَقِيرٍ وَاحِدٍ بِخِلَافِ إمْدَادِ الْكَفَّارَةِ فَإِنَّهُ يَجِبُ صَرْفُ كُلِّ مُدٍّ إلَى مِسْكِينٍ وَلَا يُصْرَفُ إلَى مِسْكِينٍ مِنْ كَفَّارَةٍ وَاحِدَةٍ مدان لان الكفارة شئ وَاحِدٌ )

maksudnya: "Setiap mud (cupak) daripada fidyah adalah terpisah dari lainnya. Maka boleh menyerahkan beberapa cupak yang banyak dari seorang (sebagai ganti puasanya) untuk sebulan kepada seorang miskin atau seorang fakir. Berbeza dengan cupak-cupak kaffarah yang wajib diserahkan setiap cupak kepada seorang miskin dan tidak boleh diserahkan dua cupak kepada seorang miskin dari satu kaffarah, kerana kaffarah adalah dikira satu kesemuanya."  (al-Majmu' 6/420. Maktabah al-Irsyad, Jeddah Mekah. Tahkik Muhammad Najib al-Muti'ie) 


Cetak  
Wallahu a'lam