SDI 0011: Kedudukan Makmum Seorang Dalam Solat Jemaah

Soalan:

Assalammu'alaykum ustaz,
Berkenaan dengan kedudukan saf apabila solat berjemaah. Daripada hadith ibnu Abbas, saf untuk 1 makmum dan imam adalah sejajar. Dalam mazhab syafi'e, imam maju ke depan sedikit. Dalil manakah yang mereka gunakan ? Adakah anjuran untuk begerak ke belakang sedikit untuk makmum?
Sekian..jazakallahu khayr

Jawapan:
Dalam lafaz hadis asal tidak dinyatakan sejajar. Sebaliknya yang dinyatakan adalah di sebelah kanan imam sahaja. Hal ini menjadi sebab berlaku perbezaan pendapat ulama.

Dalil mazhab al-Syafie dalam permasalahan ini antaranya al-Istishab, iaitulah mengekalkan kedudukan imam di hadapan dalam solat jemaah, kerana tiada dalil JELAS yang dapat mengubah kekalnya hukum ini.

Namun, sebahagian ulama lain berpandangan zahir hadis menunjukkan makmum yang seorang berdiri sejajar satu baris di sebelah kanan imam. Inilah pandangan al-Imam al-Bukhari melalui tajuk yang diletakkan beliau di dalam sahihnya.


Cetak  
Wallahu a'lam