Fiqh Ibadat
SDI 0014: Hukum Gantung Gambar Tujuan Bantuan Pengajaran Kanak-Kanak
- Soalan:
Salam. Mohon penerangan berkaitan masalah menggunakan gambar kartun dan dilekatkan didalam kelas atau surau untuk bahan bantu mengajar. Contoh, meletakkan gambar upin n ipin sambil memegang nama2 malaikat. Adakah perkara ini menghalang malaikat dari memasuki kawasan itu. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
1) Ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama semasa tentang hukum menggantung gambar. Sebahagian berpandangan jika perbuatan itu bebas dari bentuk pengagungan, menyaingi ciptaan Allah dan menyerupai orang-orang kafir, maka ia diharuskan. Keharusan ini lebih luas bagi tujuan pembelajaran kanak-kanak. Ia juga tidak menghalang malaikat masuk ke tempat tersebut, insyaallah.
Sekalipun demikian, jika ada cara lain selain menggunakan gambar makhluk hidup, itu adalah lebih baik bagi keluar dari perbezaan pendapat di kalangan ulama.
2) Jauhkan sebarang bentuk gambar makhluk hidup dari tempat ibadat seperti surau dan masjid.
Wallahu a'lam
Soalan:
Ustaz adakah ini trmasuk gmbr2 keluarga yg diletak di dinding?Jawapan Bin Sahak:
Menggantung gambar keluarga boleh membawa unsur pengagungan kepada ibu dan bapa dalam bentuk yang salah. Dibimbangi masuk d dalam laranganPenyoal: Baik ustaz..
Soalan: Kalau gambar sendiri yg digantung sekadar hiasan tanpa ada niat pengagungan selain dr Allah bgaimana ustaz..
Jawapan Bin Sahak:
Bimbang termasuk dalam 'abath atau perkara yang tiada tujuan, boleh terjebak dalam tasyabbuh dengan bukan Islam.Soalan: Kalau gambar ilmuan agama cne ustaz.mcm gambar tuan guru hj hadi
Jawapan Bin Sahak:
Lagi tak boleh... Ia lebih hampir kepada pengagungan dan boleh membawa kepada pemujaan dalam jangka masa panjang sepertimana berlaku penyembahan berhala.Soalan: kalu dgn tjuan mengingatkan tentang agama x boleh gak ea ustaz?tgk wajah ulamak,tringat akan islam
Jawapan Bin Sahak:
Itulah salah satu punca berlakunya kesyirikan dalam umat terdahulu seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang sahih
- Wallahu a'lam