Hukum Bilal Menguatkan Bacaan Antara Dua Khutbah

Soalan: "Apa hukum membaca doa dengan kuat setelah selesai khutbah pertama dan sebelum khutbah kedua. Bolehkah Bilal memimpin doa di antara dua khutbah ini dengan bersuara. Adakah ia termasuk berkata-kata ketika khatib menyampaikan khutbah?"

Jawapan:

Tak termasuk, tak termasuk . Di sebahagian masjid di sebahagian negeri, ketika khatib duduk di antara dua khutbah, sebahagian mereka, sebahagian bilal, sebahagian muazzin, mereka meninggikan suara membaca selawat dan sebahagian mereka membaca doa. Perbuatan itu tidak dikira sebagai perbuatan berkata-kata ketika Khatib menyampaikan khutbah.

Cumanya soalan di awal tadi, "bolehkah bilal memimpin doa di antara dua khutbah ini dengan bersuara?" 

Sepatutnya - ini pandangan saya - sepatutnya kedudukan tersebut (antara dua khutbah), kita biarkan, sepatutnya pihak pentadbiran masjid membiarkan jemaah berdoa menurut apa yang mereka hendak minta kepada Allah ketika Khatib duduk di antara dua khutbah. Ini kerana doa jemaah, keperluan jemaah tidak sama dengan keperluan dan doa yang dibaca oleh Bilal.

Sebahagian bilal mereka hanya berselawat ke atas Nabi. Boleh berselawat ke atas Nabi ketika khatib duduk di antara dua khutbah. Akan tetapi bila bilal menggunakan pembesar suara, menguatkan bacaan doa dia, sebenarnya dia mengganggu doa yang hendak dibaca, yang hendak dipohon oleh jemaah lain.

Oleh itu yang terbaik sekali adalah diam ketika khatib duduk di antara dua khuttbah.  Diam dalam ertikata setiap orang berdoa menurut apa yang dia hendak minta kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kerana sebahagian ulamak berpandangan doa mustajab, waktu mustajab berdoa yang dimaksudkan oleh nabi di dalam hadis pada hari Jumaat, adalah ketika khatib duduk di antara dua khutbah. Bahkan sebenarnya pandangan itu kuat, pandangan ini ada sudut untuk dikatakan sedemikian. Sekalipun saya tidak nafikan bukan itu sahaja pandangan yang ada. Tetapi itu merupakan salah satu tempat yang boleh kita usahakan. Mudah-mudahan tempat itu yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad tempat yang dimustajabkan doa oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Cetak  
Wallahu a'lam