Askm ust.. nak tanya sikit..
Maaf ana kurang arif.. bagaimana nak buat kalau sedang kita solat dengan imam (solat zuhur dan asar). imam baca agak laju.. tak sempat habis saya baca. Alfatihah dan ayat lazim.. apa sewajarnya saya nak buat? Begitu juga bacaan dlm eidul dan sujud.. tak sempat 3kali bacaan...
Jawapan Bin Sahak:
Rukuk dan sujud bersama imam kerana mengikut imam adalah lebih diberatkan dalam solat berjamaah. Jika imam sememangnya terlalu cepat di dalam solat, beritahu imam agar memperlamakan sedikit berdirinya. Wallahu a'lam
Soalan:
Ustaz Bin Sahak
Bacaan dalam sujud atau ruku' tak jadi masalah sbb sunat. Baca sekali pn xpe.
Tapi, kalau Al Fatihah wajib habis baca, kan?
Rakaat pertama je yang ditanggung imam.
Jawapan Bin Sahak:
Itu hukum asalnya. Namun jika tak sempat atas sebab-sebab tertentu. jika yang berbaki 1 atau 2 ayat lagi, yang jika dihabiskan tidak terlepas rukuk bersama imam, maka habiskan bacaan, namun jika menghabiskan alFatihah akan menyebabkan tertinggal rukuk bersama imam, tak perlu habiskan alFatihah, segeralah rukuk bersama imam. Inilah pandangan sebagian ulama dan ia berbeza dengan pandangan mazhab alSyafi'ie. Ibn 'Uthaimin mengambil pandangan ini. Wallahu a'lam
Soalan:
Assalamualaikum ustaz Bin Sahak kalau imam terlalu cpt sehingga tiada tama'ninah boleh kah kita niat mufarakah..
Jawapan Bin Sahak:
Nasihatkan imam seperti itu, jika tak makan cari masjid lain. Jika tiada jalan juga boleh mufaraqah dari imam yang seperti itu.