SDI 0024: Doa Terbilkkan Tangan

Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya apa hukum berdoa tapi terbalikkan tangan...ini berlaku bila ada kenduri tahlil ditempat saya...kebanyakkan org2 tua yg buat...mohon pencerahan dari ustaz.

Jawapan:
1) Kenduri tahlil dengan kaifiat yang tertentu itu TIDAK ADA. Ia perkara yang direka oleh orang-orang kemudian.
2) Tentang menterbalikkan tangan disebut oleh sebahagian ulama. iaitulah menterbalikkan telapak tangan ke arah langit ketika doa dijauhkan atau tolak bala. Antara ulama yang ada menyebut perkara ini ialah al-Imam al-Nawawi darimazhab al-Syafie. Beliau berdalilkan antaranya perlakuan Nabi ketika berdoa al-Istisqa, di mana baginda ada mengangkat tinggi tangan sehingga menjadikan belakang tangan ke arah langit. Justeru mereka berpandangan doa tolak perkara buruk dengan dijadikan belakang telapak tangan ke arah langit sebagai isyarat mengharapkan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.

Pendalilan ini tidak berapa jelas. Namun tidak dibantah orang yang melakukannya.

 


Cetak  
Wallahu a'lam