Ustaz, boleh ke kalau nk solat gerhana 2x? Ada yang tanya Sb dkt masjid alwi dah siap solat gerhana sebelum zohor, dia nk p masjid seriab, sbb solat gerhana buat Lps zohor di masjid seriab.
Jawapan:
Tidak diulang melakukan solat gerhana. Sunnah dlm melakukan solat gerhana adalah berterusan solatnya sehingga gerhana hilang. Jika solat gerhana telah selesai, namun gerhana masih ada, maka setiap org dianjurkan memperbanyakkan zikir, berdoa dan istighfar.
Kata alImam alSyafie di dlm alUmm 1/279:
إن صلى صلاة الكسوف فأكملها ، ثم انصرف والشمس كاسفة ، يزيد كسوفها أو لا يزيد : لم يُعِد الصلاةَ ، وخطب الناس ؛ لأنا لا نحفظ أن النبي صلى الله عليه وسلم صلى في كسوف إلا ركعتين
Maksudnya: "Jika telah selesai menyempurnakan solat gerhana matahari, namun matahari masih kekal gerhana, apakah perlu ditambah (diulang) solat gerhana atau tidak perlu lagi: (jawabnya) tidak perlu diulang (ditambah) solat, (sebaliknya) terus berkhutbah kpd org ramai. Ini kerana kita tidak ketahui Nabi SAW ada menunaikam solat gerhana melainkan dua rakaat shj."
Ini juga pandangan mazhab Hambali. Kata alImam Ibn Qudamah:
إن فرغ من الصلاة والكسوف قائم : لم يَزِدْ , واشتغل بالذكر والدعاء ; لأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يزد على ركعتين
Maksudnya: "Jika telah selesai (solat gerhana), namum gerhana masih ada. Jangan ditambah lagi solat gerhana. Sibukkanlah diri dgn berzikir dan doa. Ini kerana Nabi SAW tidak tambah lebih dr solat dua rakaat sahaja." (alMughniy 2/145)
Pandangan yg sama dinyatakan di dalam mazhab Maliki. alImam alNawawi ada menukilkan pandangan dlm kalangan Ashab mazhab alSyafie yg mengatakan boleh ditambah rukuk. Namun beliau memberi komentar dgn berkata:
والصحيح المنع من الزيادة والنقص ، ومن استفتاح الصلاة ثانيا. والله أعلم
Maksudnya: "dan yag Sahih ialah dilarang dr melakukan tambahan dan pengurangan demikian juga memulakan solat kedua (kali), wallahu a'lam. (alMajmu' 5/54)