SDI 0027: Basmalah di Dalam Solat Sirr Atau Jahar?

Assalamualaikum ustaz..
Nak tanya ketika nak mula baca surah selepas membaca al-fatihah dalam solat, bismillah dibaca secara sirr atau tidak perlu dibaca langsung?
Jazakallahu khaira

Jawapan:

Sunat membaca basmalah sebelum membaca surah selepas al-Fatihah. Iaitulah jika surah itu dibaca dari permulaannya. Jika bukan dibaca dari mula, maka diberi pilihan sama ada nak baca basmalah ataupun tidak.

Pandangan yang lebih kuat di sisi sebahagian ulama ialah, bacaan basmalah di dalam solat dibaca secara sirr (perlahan).


Cetak  
Wallahu a'lam