Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Semasa Saya solat jenazah sedang semua berbaris dlm saf. Pernah 2 kejadian waktu dan tempat berlainan, imam tersebut ada menyebut supaya pastikan bilangan baris saf solat tu bilangan ganjil. Sepanjang pengetahuan Saya yg sedikit ini blm pernah saya dengar suruhan begitu, atau saya belum tahu. Soalan Saya adkah ini mengikut sunnah? Minta pencerahan Ustaz. Terima kasih.
Jawapan:
Termasuk dalam sesuatu yang aula (lebih utama)ialah menjadikan saf solat janazah 3 saf berdasarkan hadis yang driwayatkan oleh Ahmad, alTirmizi, Abu Daud dan alHakim. Hadis ini dinilai Sahih oleh alHakim dan Hasan oleh alTirmizi di dalam sunannya.
Jika jemaah ada empat org, memadai menjadikan 2 saf, dua orang-dua orang.