Assalamualaikum ustaz, nk tanya bleh ka kita tarik orang disebelah utk rapatkan saf semasa solat? Kiranya tarik kearah imam la. Jzzk.
Jawapan:
Boleh tarik supaya rapat, tetaapi pastikan dengan berhemah kerana tujuan asal perintah merapatkan saf agar bersatu jantung hati sesama umat Islam.
Jemaah dituntut bergerak rapat menghampiri imam. Jadinya siapa yang lebih hampir kepada imam dialah yang menarik dengan penuh berhemah jemaah yang jauh agar menghampirinya, tarik ke arah imam.