Says solat gwehana matahari baru2 ni di masjid alwi. ada jemaah yg masbuk masuk pd waktu imam berdiri kedua dlm rakaat pertama. Setelah itu jemaah tersebut habis bersama imam, tanpa ganti berdiri yg dia terlepas. Apakah sah solat gerhana seperti ini?
Jawapan:
Solat gerhana orang tersebut sah. Ini kerana perbezaan berkaitan kaifiat solat gerhana, sama ada dlm satu rakaat ada dua rukuk atau satu rukuk hanyalah dari sudut mana yg lebih sempurna, bukan berkaitan mana yg sah dan tidak. Para ulama mazhab bersepakatan asal solat sunat termasuk solat gerhana adalah dua rakaat, sama spt solat2 sunat yg lain (Asna alMatalib 1/285 dan Hasyiah alJamal 2/106)
Di dlm alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah dinyatakan:
وأدنى الكمال عند الأئمة الثلاثة: أن يحرم بنية صلاة الكسوف، ويقرأ فاتحة الكتاب، ثم يركع، ثم يرفع رأسه ويطمئن، ثم يركع ثانيا، ثم يرفع ويطمئن، ثم يسجد سجدتين فهذه ركعة
Maksudnya: "di sisi imam mazhab yg tiga (kecuali Hanafi yg kata setiap rakaat hanya ada satu rukuk spt solat sunat yg lain) sempurna yg paling bawah sekali bagi solat gerhana ialah dgn bertakbiratul ihram beserta niat solat gerhana, baca alFatihah, rukuk, iktidal dan tomakninah, kemudian rukuk kedua, kemudian iktidal beserta tomakninah, kemudian sujud dua kali. Maka dikira satu rakaat..." (27/256)
Ini bagi tahap sempurna yg paling bawah, bukan tahap minimum utk dihukum sah. Tahap minimum utk sah adalah dua rakaat seperti solat2 sunat yg lain.
Justeru solat jemaah yg masbuk tersebut adalah sah.
WA