SDI 1153: Hukum Ikut Solat Seorg Yg Terbuka Auratnya

 

Assalammualaikum ust,

Saya solat di surau tempat qeja, masbuk ramai2, bila imam rukuk, saya kat belakang nampak lurah jubur imam dengan kata lain aurat imam tersingkap, saya tak tau apa action, sepatutnya saya ucap subhanallah utk notify imam yg dia ada problem tapi sebab tersentak saya jd lupa, saya masbuk rakaat last zohor, pastu masa sujud nampak lagi, saya tergamam, pastu saya ikut juga imam tak mufaraqah, soalan saya:

1. Solat saya apa status solat saya, sah ka? Batal kah sebab saya tak mufaraqah ngn imam, saya silap patut saya tegoq...

2. Kalau solat saya tak sah, kena ulang balik ka zohor saya?

3. Imam tu dah p keja, perlu kah saya bgtau lagi pasai aurat dia tersingkap tu? Dia kena ulang tak solat?

Maaf ust, soalan panjang, saya harap ust dpt respon sbb kalau saya ngn imam tu kena repeat, masa masih ada 😖

Jawapan:

Menutup 'Aurat adalah termasuk di dlm syarat sah solat.

Dalilnya disebut oleh alImam alNawawi di dlm alMajmu' iaitulah hadis drpd 'Aisyah RA, Nabi SAW bersabda:

لا يقبلُ اللَّهُ صلاةَ حائضٍ إلَّا بخِمارٍ

Maksudnya: "Allah tidak menerima solat seorg wanita yg telah baligh melainkan dgn menutup kepalanya (aurat)."

Kata alNawawi: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan alTirmizi dan katanya: Hadis Hasan. Diriwayatkan juga oleh alHakim di dlm alMustadrak dan katanya: "Hadis Sahih dgn syarat Muslim" (alMajmu' 3/171)

Sekalipun ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama dlm hukum tersingkap aurat di dlm solat. Namun alImam alNawawi menjelaskan dgn berkata:

"Dalil kami bahawa telah thabit kewajipan menutup (aurat) dgn hadis 'Aisyah. Tiada perbezaan antara lelaki dan wanita (dlm kewajipan menutup aurat) dgn kesepakatan. Maka apabila telah thabit (kewajipan) penutupan (aurat) ia menunjukkan seluruh aurat (wajib ditutup), maka tidak diterima pengkhususan sebahagian (boleh terbuka) melainkan mesti dengan adanya dalil yg zahir." (alMajmu' 3/172)

Atas dasar ini jika imam tersebut sengaja dan tahu auratnya terbiar terbuka atau cuai dlm memastikan ianya tertutup maka solatnya tidak sah. Wajib dia mengulangi solatnya tersebut.

Demikian juga makmum yg mengetahui aurat imam tersebut terbuka, wajib dia niat berpisah dr mengikut imam seperti itu. Jika dia berterusan mengikut imam yg tak sah solatnya, solat makmum juga tidak sah dan wajib dia qadha.

Nasihat

Melantik Imam solat tak boleh secara "bidan terjun". Bagaimana kita sanggup menjadikan org yg tak sempurna penutupan auratnya mengimamkan kita utk berhadapan dan bermunajat kpd Allah SWT?

Imam adalah satu tugas yg mulia dan berat. Kita tak lantik org spt itu utk menjadi imam. Hal ini telah diajar dan dididik dlm masyarakat kita dr generasi ke generasi.

WA


Cetak  
Wallahu a'lam