SDI 1148: BOLEH Batalkan Solat Utk Menangkap Pencuri

Soalan:

Boleh tak makmum lain stop pencuri tu dlm keadaan solat?

klik utk tonton keratan video

Jawapan

BOLEH batalkan solat utk halang org zalim dan pelampau spt pencuri di dlm rakaman cctv tersebut. Sama ada tuan punya harta mahupun jemaah sekeliling. Jemaah yg turut membatalkan solat bagi membantu dan menghalang merebaknya keburukan dlm masyarakat diberi ganjaran pahala yg berlipat kaliganda. Bukankah Nabi SAW bersabda:

انصر أخاك ظالما أو مظلوما

Maksudnya: "Bantulah saudaramu yg zalim (dgn menghalang kezalimannya) atau yg dizalimi."

Baginda juga benarkan membunuh serangga berbisa yg bakal menyakiti kita atau org lain yg sedang solat. Sehingga ketahap membatalkan solat.

Memelihara harta adalah perintah dr agama. Membiarkan ia diambil begitu shj adalah perbuatan mensia-siakan harta yg ditegah di dlm agama.

Di dlm alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah 34/52 dinyatakan:

قطع العبادة الواجبة بعد الشروع فيها ، بلا مسوغ شرعي : غير جائز باتفاق الفقهاء، لأن قطعها بلا مسوغ شرعي : عبث يتنافى مع حرمة العبادة، وورد النهي عن إفساد العبادة، قال تعالى: ( وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ

أما قطعها بمسوغ شرعي : فمشروع، فتقطع الصلاة لقتل حية ونحوها ، للأمر بقتلها، وخوف ضياع مال له قيمة ، له أو لغيره، ولإغاثة ملهوف، وتنبيه غافل أو نائم قصدت إليه نحو حية، ولا يمكن تنبيهه بتسبيح، ويقطع الصوم لإنقاذ غريق، وخوف على نفس، أو رضيع

Maksudnya: "membatalkan ibadah yg wajib setelah memulakannya tanpa alasan yg syar'ie TIDAK DIBENARKAN dengan sepakat para fuqahaa'. Ini kerana membatalkan ibadah tanpa alasan syar'ie merupakan perbuatan sia2 (bermain2) yg saling bertentangan dgn kemuliaan ibadah. Terdapat pula tegahan dr merosakkan ibadah di dlm firman Allah: (bermaksud) "Wahai org2 yg beriman jangan kamu semua membatalkan amalan2 soleh kamu." (Muhammad: 33) Adapun membatalkan ibadat dgn sebab syar'ie adalah dibenarkan. Maka (boleh) dibatalkan solat utk membunuh ular dan seumpamanya krn terdapat arahan membunuhnya, juga bimbangkan hilangnya harta berharga miliknya atau milik org lain, juga membantu org yg dizalimi, memperingatkan org2 yg lalai (tak perasan) atau seorg yg sedang tidur dr serangan seumpama ular yg tidak mungkin diperingatkannya dgn tasbih. Juga (boleh) membatalkan puasa utk menyelamatkan seseorg yg sedang lemas, bimbangkan keselamatan diri atau anak susuan."


Cetak  
Wallahu a'lam