Soalan:
Assalamualaikum Ustaz Abdul Kadir. Saya mahu bertanya mengenai solat sunat isyraq. Bilakah sebenarnya masuk waktu solat sunat isyraq, dan bila pula waktu ia habis?
Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Solat sunat Isyraq adalah solat sunat Dhuha yang ditunaikan di awal waktu. Di dalam Tuhfah alAhwazi dinukilkan perkataan alTibiy yang berkata:
أي ثم صلى بعد أن ترتفع الشمس قدر رمح حتى يخرج وقت الكراهة، وهذه الصلاة تسمى صلاة الإشراق، وهي أول صلاة الضحى
Maksudnya: "kemudian dia menunaikan solat selepas meninggi matahari kadar segalah sehingga keluar waktu makruh (solat). Solat ini dinamakan solat al-Isyraq, ianya Dhuha yg ditunaikan diawal waktunya."
al-Imam alRamli alSyafi'ie di dalam fatwanya berkata:
المعتمد أن صلاة الإشراق هي صلاة الضحى
Maksudnya: "Yang muktamad bahawa solat al-Isyraq adalah solat solat Dhuha."
Kata Imam Ibn Hajar alHaitami RH di dlm alFatawa alKubra:
مغايرتها للضحى لم يصح فيه شيء، ومبنى الصلوات على التوقيف ما أمكن
Maksudnya: "Perbezaannya (solat isyraq) dengan solat Dhuha tiada yang sahih sesuatupun (kedua-duanya adalah solat yang sama). Binaan solat adalah di atas dasar turut perintah selama mungkin."
Waktunya bermula setelah 10 - 15 minit terbitnya matahari. Disebut juga sebagai waktu ketika matahari tinggi segalah. Waktunya tamat sebelum masuk waktu zohor.