Bolehkah Solat Ghaib Untuk Jenazah Yang Telah Dikebumikan?

Soalan: 

Ustaz, jika jenazah telah dikebumikan 2  hari lepas, masih bolehkah ditunaikan solat ghaib untuknya?

Jawapan: 

Solat ghaib dilakukan selagi jenazah belum dikebumikan. Ia boleh ditunaikan setelah jenazah selesai dimandikan dan di kafankan ditempat meninggal dunia. Adapun jika jenazah telah dikebumikan, tiada lagi solat ghaib untuknya, yang ada hanyalah solat jenazah di tanah perkuburan. Solat ghaib demikian juga solat jenazah di kubur hanya dibenarkan kepada mereka yang layak menunaikan solat jenazah ketika jenazah meninggal dunia, namun tidak dapat menunaikannya disebabkan ada sesuatu halangan. Adapun bagi mereka yang bukan dari kalangan orang yang berkeahlian menunaikan solat jenazah ketika jenazah meninggal dunia, tidak boleh menunaikan solat ghaib mahupun solat jenazah di kubur. (Lihat Hasyiah al-Qalyubi wa 'Umairah 1/501)


Cetak  
Wallahu a'lam