Kata Muallif RH:
"(Dan masuklah waktunya) apabila naik matahari hari nahar dan lalu masa dua rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringan keduanya tetapi afdhal dita'khirkandia kepada lalu masa yang tersebut daripada naik matahari kadar segalah dan berkekalanlah waktunya hingga jatuh matahari akhir hari tasyriq yang tiga , maka dikerjakan dia dahulu daripada masuk waktu itu kemudian daripada keluarnya tiada memadai udhhiyyyahnya melainkan jika nazarkan dia dan ta'khirkan sembelihnya hingga keluar waktu wajib disembelihkandia kemudian dariapda keluar waktunya dan jadi ia qadha dan haram ta'khirkan sembelih udhiyyah yang wajib daripada waktunya dengan ketiadaan uzur."
Huraian
Penetapan waktu sembelih korban yang disebut oleh penulis Matla' al-Badrain, iaitulah setelah naik matahari dan berlalu tempoh menunaikan solat hari raya adalah berdasarkan hadis Nabi SAW. Antaranya hadis al-Bara bin ‘Azib RA yang berkata, Nabi SAW bersabda di dalam khutbah baginda:
إنَّ أوَّلَ ما نبدأُ مِن يَوْمِنا هذا أنْ نُصَلِّيَ، ثم نرجِعَ فنَنْحَرَ، فمَن فَعَلَ هذا فقد أصابَ سُنَّتَنا، ومَن نَحَر فإنَّما هو لحْمٌ يقَدِّمُه لأهْلِه، ليسَ مِنَ النُّسُكِ في شيءٍ
maksudnya:"Sesungguhnya yang terawal kami lakukan pada hari raya adha ialah solat, kemudian kami pulang dan menyembelih haiwan korban. Sesiapa melakukan seperti ini, maka dia telah melakukan sesuatu yang menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih (sebelum dari waktu ini), maka haiwan yang disebelihnya itu hanyalah daging biasa yang dibawakan kepaa ahli keluarganya bukan dari daging ibadah (korban) sama sekali."
Dalam hadis lain daripada Jundab bin Sufyan al-Bajali RA yang berkata:
ضَحَّيْنا مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أضْحِيَّةً ذاتَ يومٍ، فإذا أُناسٌ قد ذبحوا ضحاياهم قبلَ الصَّلاةِ، فلما انصَرَفَ رآهم النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أنَّهم قد ذبَحوا قبل الصَّلاةِ، فقال: من ذَبَحَ قبل الصَّلاةِ فلْيَذْبَحْ مكانَها أخرى، ومَن كان لم يَذْبَحْ حتى صَلَّيْنا فلْيَذْبَحْ على اسْمِ اللهِ
maksudnya: "Kami pernah melakukan korban bersama Rasulullas SAW pada suatu hari. Di mana orang ramai telahpun menyembelih korban mereka sebelum ditunaikan solat hari raya. Apabila selesai menunaikan solat hara raya, Nabi SAW melihat tindakan mereka tersebut yang telah menyembelih haiwan korban sebelum ditunaikans olat. Lalu baginda bersabda: "Sesiapa yang telah menyebelih korbannya sebelum solat hari raya, maka hendaklah dia menyembelih kambing lain sebagai ganti. Sesiapa yang belum menyembelih korbannya sehingga selepas solat, maka sembelihlah sekarang atas nama ALlah."