Soalan:
Jadual perjalanan sampai 5 dec - menetap 6,7,8,9 : 4 hari😅. 10 Dec - hari balik
Jawapan:
Bukan begitu cara kiranya. Saya bagi contoh pengiraan bagi kes tuan. Katakan;
Sampai petang 5hb -> petang 6hb = hari sampai/masuk
Petang 6hb -> petang 7hb = hari pertama
Petang 7hb -> petang 8hb = hari kedua
Petang 8hb -> petang 9hb = hari ketiga
Petang 9hb -> petang 10hb = hari keluar
Jika anda keluar sebelum petang 10hb, maka anda menetap di Madinah selama tiga hari lebih, tidak cukup 4 hari. Anda berstatus musafir.
Jika anda keluar selepas petang 10hb, bermakna anda menetap di Madinah selama 4 hari, ketika itu anda berstatus muqim. Sampai sahaja anda di Madinah pada 5hb, anda berstatus muqim dan anda tidak boleh lagi mengambil keringanan-keringanan musafir dari 5hb -> 10hb.
Kerana apa? Kerana;
Seseorang yang BERNIAT menetap lebih dari 3 hari (4 hari ke atas) di sesuatu tempat, apabila dia sampai di tempat itu, maka dia bukan lagi berstatus musafir, sebaliknya berstatus muqim. Inilah pandangan Asah di sisi ulama mazhab alSyafi'ie. Kata alImam alNawawi RH:
قال الشافعي والأصحاب: إن نوى إقامة أربعة أيام صار مقيما وانقطعت الرخص، وهذا يقتضى أن نية دون أربعة لا تقطع السفر. وإن زاد على ثلاثة وقد صرح به كثيرون من أصحابنا. وفى كيفية احتساب الاربعة وجهان حكاهما البغوي وآخرون. أحدهما) يحسب منها يوما الدخول والخروج كما يحسب يوم الحدث ويوم نزع الخف من مدة المسح (وأصحهما) وبه قطع المصنف والجمهور لا يحسبان لما ذكره المصنف فعلي الاول لو دخل يوم السبت وقت الزوال بنية الخروج يوم الاربعاء وقت الزوال صار مقيما وعلى الثاني لا يصير وإن دخل ضحوة السبت بنية الخروج عشية الاربعاء
Maksudnya: "Kata alSyafi'ie dan Ashab. Jika seseorang berniat muqim (menetap) 4 hari maka dia jadi muqim dan jadi putuslah keringanan-keringanan musafir. Ini menunjukkan bahawa niat (menetap) kurang dari 4 hari tidak memutuskan status musafir. Sekalipun lebih dari 3 hari (tak sampai 4 hari), Sesungguhnya ramai dari kalangan Ashab menjelaskan dengan pandangan ini. Tentang cara hitungan 4 hari ada dua wajah. alBaghawi dan lainnya telah menghikayatkan kedua-dua wajah ini. Satunya: dihitung bermula dari hari masuk dan bersama hari keluar sepertimana hitungan hari hadas dan hari tanggalkan khuf dari masa sapuan khuf. Dan yang ASAH, inilah yang diputuskan oleh penulis (alMuhazzab) dan majoriti (Ashab), dua hari (hari masuk dan keluar) tidak dihitung berdasarkan apa yang dinyatakan oleh penulis. Maka berdasarkan pandangan pertama, jika masuk hari Sabtu waktu zawal dan niat keluar hari Rabu waktu zawal, orang itu berstatus muqim. Berdasarkan pandangan kedua (ASAH) dia tak jadi muqim jika dia masuk pagi sabtu dengan niat nak keluar petang rabu."