Wajib Menetapkan Lembu Korban Tertentu Untuk 7 Orang Tertentu

Perkongsian lebih dari tujuh orang pada beberapa ekor lembu korban atau unta korban WAJIB DITENTUKAN siapa pemiliknya. Demikian juga dua orang yang membeli dua ekor kambing, WAJIB MENENTUKAN kambing yang menjadi milik setiap orang daripada mereka. Di dalam Tuhfah al-Muhtaj Fi Syarh al-Minhaj oleh al-Haitami dinyatakan: 

لَوْ ذَبَحا عَنْهُما شاتَيْنِ مُشاعَتَيْنِ بَيْنَهُما لَمْ يجز؛ لِأنَّ كُلًّا لَمْ يَذْبَحْ شاةً كامِلَةً 

maksudnya; "Dan jika dua orang menyebelih untuk mereka berdua dua ekor kambing yang tidak ditentukan antara keduanya, tidak boleh (tidak sah) kerana setiap mereka belum menyembelih seekor kambing yang sempurna..."

Ibn Hajar al-Haitami ketika mensyarahkan perkataan ini berkata:

وكَذا يُقالُ فِيما لَوْ اشْتَرَكَ أكْثَرُ مِن سَبْعَةٍ فِي بَقَرَتَيْنِ مُشاعَتَيْنِ أوْ بَعِيرَيْنِ كَذَلِكَ لَمْ يُجْزِ عَنْهُمْ؛ لِأنَّ كُلَّ واحِدٍ لَمْ يَخُصَّهُ سبع بَقَرَةٍ أوْ بَعِيرٍ مِن كُلِّ واحِدٍ مِن ذَلِكَ اهـ

maksudnya: "Dan demikian juga dikatakan dalam perkara jika berkongsi lebih dari tujuh orang pada dua ekor lembu yang tidak ditentukan (pemiliknya) atau dua ekor unta, demikian itu tidak sah (korban) dari mereka semua, kerana setiap satu tidak mengkhususkan bahagian 1/7 lembu atau unta dari setiap satu dari demikian itu." 

Untuk memahami persoalan ini, saya berikan contoh bagi kes dua orang yang membeli kambing korban tanpa ditentukan kambing mana yang dimiliki oleh setiap seorang dari mereka. Tiba-tiba sebelum dilakukan korban, salah seekor kambing tersebut mati, maka siapakah tuan kepada kambing yang mati tersebut???

Gambaran permasalahan ini, menuntut ditentukan setiap kambing dan setiap seekor lembu yang dikongsi tujuh bahagian siapa pemiliknya. Pandangan ini lebih bertepatan dengan wajib ada niat dalam melakukan ibadah. Perkataan al-Khatib al-Syarbini di dalam Mughniy al-Muhtaj yang saya fahami menunjukkan ada perbezaan pendapat dalam permasalahan ini. Dan inilah pandangan yang Asah. Beliau berkata: 

تَنْبِيهٌ: قَدْ يُوهِمُ كَلامُ المُصَنِّفِ لَوْلا ما قَدَّرْتُهُ الِاشْتِراكَ فِي شاتَيْنِ مُشاعَتَيْنِ بَيْنَهُما، والأصَحُّ المَنعُ، ولِذا يُقالُ: لَوْ اشْتَرَكَ أكْثَرُ مِن سَبْعَةٍ فِي بَقَرَتَيْنِ مُشاعَتَيْنِ أوْ بَعِيرَيْنِ كَذَلِكَ لَمْيَجُزْ عَنْهُمْ ذَلِكَ؛ لِأنَّ كُلَّ واحِدٍ لَمْ يَخُصَّهُ سُبْعُ بَقَرَةٍ أوْ بَعِيرٍ مِن كُلِّ واحِدٍ مِن ذَلِكَ

Inilah yang dimaksudkan di dalam Fatwa Jordan:

ويجب تعيين الأضاحي ليستلم كل مضحّ أضحيته بعينها، ولذلك يجب على الجمعيات والشركات مراعاة ذلك ووضع آلِيَّة معينة تضمن عدم وقوع الخلط بين الأضاحي، ليستلم كل مضحّ أضحيته بعينها.

maksudnya: "Maka wajib menentukan semua haiwan korban untuk diambil oleh setiap pembuat korban akan korbannya yang sebenar. Oleh yang demikian wajib ke atas persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat menjaga hal itu dengan meletakkan prosedur atau cara tertentu yang dapat menjamin tidak berlaku percampuran antara korban-korban, untuk setiap pembuat korban mengambil korbannya yang sebenar.” (sumber: https://www.aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=3579#.YM_2dmgzbIU diakses terakhir pada: 21/6/2021 jam: 10:17 pagi)

Di dalam Fatwa Jordan yang lain dinyatakan: 

يجوز التوكيل في شراء الأضحية وذبحها؛ ولذا لا مانع شرعاً من أن يوكل المسلم جمعية موثوقة، فيدفع لها ثمن الأضحية لتقوم بشرائها وذبحها ولو في بلد خارج المملكة؛ نظراً إلى أن الأضاحي هناك رخيصة، لكن يجب مراعاة ما يلي:
1. أن يتم ذبح الأضاحي خلال يوم عيد الأضحى أو أيام التشريق الثلاثة بعد العيد.
2. أن لا يقل سن الأضحية من الإبل عن خمس سنين، ومن البقر والماعز عن سنتين، ومن الضأن عن ستة أشهر إذا كانت تشبه بنت السنة.
3. أن لا يكون في الأضحية عيب يَنقُص به اللحم أو الهيئة؛ فلا يجوز التضحية بالعوراء مثلاً.
4. أن يوزع بعض هذه اللحوم على فقراء المسلمين.
5. إذا تولت الجمعيات الذبح عن مجموعة من الناس فيجب أن يكون لدى من يتولون الذبح كُشُوْفَات بأسماء مَن وَكَّلوهم، وينوي الذابح عند الذبح أن هذه الأضحية عن فلان، وهكذا تفعل -فيما بلغني- الشركات التي تتولى ذبح الأضاحي والهدي والفدية عن الحجاج في منى.
وفي الختام نشكر الجمعيات التي تتولى هذا الأمر؛ لأنها تسهل على المسلمين أداء هذا النسك بسعر يستطيعه أكثر المواطنين، فجزاهم الله خيراً، وتقبل من الجميع. والله تعالى أعلم

Maksudnya: “Boleh melantik wakil pada membeli haiwan korban dan menyembelihnya. Oleh kerana itu tiada halangan syara’ seseorang muslim mewakilkan persatuan yang dipercayai (untuk melaksanakan korbannya). Lalu dia menyerahkan harga haiwan korban untuk dilaksanakan oleh mereka termasuklah membeli dan  menyembelih haiwan korban, sekalipun di luar dari negara, kereana mendapati harga haiwan korban di sana lebih murah. Akan tetapi wajib menjaga perkara-perkara berikut:

  • Sembelihan disempurnakan pada hari raya adha dan 3 hari Tasyriq.
  • Haiwan hendaklah cukup usia untuk dibuat korban, Unta tidak kurang dari 5 tahun, lembu dan kambing tidak kurang dari 2 tahun, dan biri-biri tidak kurang dari 6 bulan.
  • Haiwai korban tidak memiliki keaiban yang mengurangkan daging atau keaiban pada rupa bentuknya, sebagai contoh tidak boleh korban dengan al-‘Awra’.
  • Sebahagian daripada korban yang dilakukan diagihkan kepada golongan miskin dari kalangan umat Islam.
  • Jika persatuan-persatuan menguruskan penyembelihan dari sekumpulan orang. Wajib orang yang menguruskannya memiliki senarai nama orang-orang yang mewakilkan kepada mereka, lalu tukang sembelih berniat ketika hendak menyembelih, korban ini dari fulan. Demikianlah yang dilakukan – berdasarkan maklumat yang sampai – oleh syarikat-syarikat yang bertanggungjawab menguruskan sembelihan korban, hady dan fidyah para jemaah haji di Mina. (sumber: https://www.aliftaa.jo/Question.aspx?QuestionId=605#.YM_3GmgzbIU diakses terakhir pada: 21/6/2021 jam: 10:20 pagi)

Cetak  
Wallahu a'lam