Soalan:
Ustaz... slps habis 8 rakaat tarawih, saya berniat solat witir 3 rakaat 2 salam. Tiba2 imam buat witir 3 rakaat 1 salam sayapun bangun ikut imam. Apa hukum witir saya?
Jawapan:
Witir anda Sah, yang penting anda ada niat untuk menunaikan witir. Ini kerana solat witir adalah solat khusus yang memerlukan niat khas untuk witir. Adapun anda berniat nak buat tiga rakaat witir dengan 2 salam, tiba-tiba imam buat tiga rakaat dengan satu salam, ia TIDAK menjejaskan witir anda. Witir anda SAH. Demikian juga sebaliknya seperti anda niat tiga rakaat witir dengan satu salam, tiba-tiba imam buat dua salam untuk tiga rakaat witir. Anda ikut salam imam pada rakaat kedua dan bangun tunaikan satu rakaat lagi bersama imam. Ada keluasan dalam perkara ini alhamdulillah.