Soalan:
Saya berhaid selama 6 hari, kemudian suci selama 3 hari, setelah itu haid datang semula. Pada keesokan hari saya akan bergerak dr Madinah ke Mekah utk melaksanakan umrah. Saya tinggal di Mekah selama 4 hari shj. Bagaimana yg perlu saya buat?
Jawapan:
1. Puan berihram umrah di Zul Hulaifah spt org lain dan berniat syarat. Puan masuk ke Mekah dan tggu sehingga haid puan kering. Dlm tempoh ini puan dilarang melakukan larangan2 ihram. Jika tidak kering juga puan tahallul dan gunting hujung rambut tanpa melakukan tawaf dan sa'ie. Tiada apa2 lagi yg wajib puan buat.
2. Jika haid datang sebelum tawaf dan selepas berihram umrah. Dia masuk ke Mekah dlm keadaan berihram tggu sehingga kering baru mandi junub dan melaksanakan umrah. Selama tempoh tggu tersebut dia tidak boleh melakukan larangan2 ihram. Jika pada sangkaan banyak, darah haid tidak akan kering sehingga tarikh balik ke Malaysia, maka dia boleh lakukan tawaf umrah dlm keadaan berhaid, tak perlu solat slps tawaf, terus lakukan sa'ie dan tahallul. Fatwa Mesir berpandangan digalakkan (tidak wajib) sembelih seekor unta, jika tidak dapat digalakkan seekor kambing, jika tidak dapat tak mengapa.
Di bawah ini saya sertakan terjemahan Fatwa Mekah dan rumusan fatwa dr Dar alIfta' alMisriyyah sbg panduan dan pedoman:
*Fatwa Mekah Berkaitan Umrah Wanita Haid*
إذا كان الأمر كما ذكر من حيض المرأة قبل الطواف وهي محرمة ، ومحرمها مضطر للسفر فوراً وليس لها محرم ولا زوج بمكة ، سقط عنها شرط الطهارة من الحيض لدخول المسجد وللطواف للضرورة ، فتستثفر وتطوف وتسعى لعمرتها ، إلا إنْ تيسر لها أن تسافر وتعود مع زوج أو محرم ، لقرب المسافة ويسر المؤونة فتسافر وتعود فور انقطاع حيضها لتطوف طواف عمرتها وهي متطهرة ، فإن الله تعالى يقول : (يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر) . وقال : (لا يكلف الله نفساً إلا وسعها) . وقال : (وما جعل عليكم في الدين من حرجٍ) . وقال : (فاتقوا الله ما استطعتم) .
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إذا أمرتكم بأمر فائتوا منه ما استطعتم) ، الحديث ، إلى غير ذلك من نصوص التيسير ورفع الحرج ، وقد أفتى بما ذكرنا جماعة من أهل العلم منهم شيخ الإسلام ابن تيمية وتلميذه العلامة ابن القيم رحمة الله عليهما
Maksudnya: "Jika demikian seperti yg dinyatakan berkaitan seorg wanita yg berhaid sebelum tawaf dan dia dlm keadaan berihram, mahramnya pula terpaksa beredar segera dan tiada mahram lain atau suami di Mekah, gugurlah drnya syarat suci dr haid bagi membolehkan masuk ke dlm masjid utk tawaf kerana terpaksa (dharurah), maka hendaklah dia istithfar استثفار (menggunakan tuala wanita) dan melakukan tawaf dan sa'ie utk umrahnya. Melainkan jika dia dapat beredar pergi kemudian kembali semula bersama suaminya atau mahramnya (utk melaksanakan umrah setelah suci dr haid) jika ia tinggal berhampiran dan dapat menyediakan perbelanjaan (melakukan umrah lain), lalu bermusafir (pergi) dan kembali (ke Mekah) sebaik sahaja suci drpd haid utk melaksanakan tawaf umrahnya dlm keadaan dia suci (drpd haid) kerana Allah SWT berfirman: (maksudnya) "Allah menghendaki kemudahan utkmu dan Dia tidak menghendaki kesusahan utkmu." FirmanNya juga: (maksudnya) "Allah tidak mentaklifkan kpd satu2 jiwa melainkan apa2 yg termampu dilakukannya." FirmanNya juga: (maksudnya) "bertaqwalah kpd Allah (patuhi perintah dan jauhi tegahanNya) menurut kemampuanmu." Sabda Rasulullah SAW: (maksudnya) "apabila daku perintahkan kpd kamu semua sesuatu perkara, maka lakukannya menurut kemampuanmu." Demikian juga dgn nas2 lain yg menunjukkan memberi kemudahan dan menghilangkan kesusahan. Sesungguhnya sekumpulan para ulama telah menfatwakan sama sptmana yg kami nyatakan. Dari kalangan mereka itu spt Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya al'Allamah Ibn alQayyim RH." (Fatawa Islamiyyah 2/238)
*Rumusan Fatwa Dar alIftaa' alMisriyyah (Fatwa Mesir) Umrah Wanita Haid*
Sumber: http://dar-alifta.org/ar/ViewResearch.aspx?ID=93
Soalan berkaitan:
Seorg wanita bermusafir utk haji atau umrah, kemudian haidnya dtg sebelum melaksanakan tawaf ifadhah atau tawaf umrah. Demikian juga wanita yg datang haidnya sebelum itu lagi, hari bermusafir atau sebelum ihram beberapa ketika. Seperti yg diketahui utk tunggu sehingga suci adlh suatu kesukaran krn terikat dgn jadual penerbangan.
Rumusan fatwa:
1. Fuqahaa sepakat, haid dan nifas *bukan* dr halangan ihram. Ia tidak menghalang seseorg wanita melakukan amalan haji dan umrah melainkan tawaf bersama khilaf di kalangan ulama.
2. Fuqahaa juga sepakat wanita yg berhaid sebelum tawaf rukun utk haji atau umrah, dia pula boleh menunggu (utk melakukannya sehingga suci) maka wajib dia tunggu utk tawaf dlm keadaan dia suci.
3. Taharah (suci) dr haid dan nifas adalah satu syarat sah tawaf, tidak utk sa'ie berdasarkan pandangan majoriti fuqahaa.
4. Sekumpulan fuqahaa lain berbeza pandangan dan beranggapan larangan yg ada memaksudkan dlm keadaan biasa di mana wanita yg berhaid itu mampu tunggu hingga suci utk tawaf. Bukan dlm keadaan terpaksa (dharurah). Mereka menjadikan taharah (suci) ini termasuk dlm perkara wajib bukan syarat. Inilah mazhab Hanafi dan satu pandangan di sisi ulama Hambali. Ada juga di kalangan ulama yg mengatakan taharah utk tawaf ini sunat spt pandangan sekumpulan Tabi'ien dan satu pandangan di sisi ulama Hanafi, Maliki dan Hambali.
5. Wanita yg berhaid hendaklah berihram di miqat kemudian menunggu sehingga suci utk tawaf menurut mazhab majoriti fuqahaa. Bila suci dia mandi, lakukan tawaf dan sa'ie tanpa perlu dia berihram sekali lagi di tanah halal.
6. Jika tempoh haidnya diselangi dgn hari2 suci dr darah. Atau dia gunakan ubat sehingga berhenti haidnya, maka dia boleh mandi (mandi hadas) dan melaksanakan tawaf. Tawafnya ini sah sekalipun haidnya datang semula dan dia berada dlm tempoh haid, berdasarkan pandangan fuqahaa mazhab Maliki dan Hambali yg mengatakan suci antara dua haid (masih dlm tempoh maksimum haid) adalah suci. Inilah juga salah satu dr dua pandangan Imam alSyafi'ie. Pandangan ini dikenali dgn "talfiq" dan dianggap rajih oleh sekumpulan dr fuqahaa mazhab Syafi'ie dan inilah juga mazhab alImam alHasan bin Abi alHasan alBasri.
7. Jika haid lewat berhenti. Wanita itu pula bimbang ditinggalkan rombongannya, dia juga tak dapat tunggu hingga suci. Maka berdasarkan pandangan mazhab yg menyatakan taharah (suci) satu syarat sah tawaf. Maka wanita ini boleh tahallul dr ihram seperti alMuhsar (seorg yg terhalang dr menyempurnakan haji atau umrah). Dia hendaklah menyembelih seekor kambing *jika dia tidak berniat syarat* akan bertahallul jika berterusan terhalang (disebabkan haid), dan tawaf itu kekal atas tanggungjawabnya utk dilaksanakan (qadha) sekalipun setelah melepasi beberapa tahun. Sebahagian fuqahaa mewajibkan wanita ini tetap kekal di Mekah sehingga suci utk melaksanakan tawaf. *Namun* tidak tersembunyi lagi semua ini termasuk kesukaran dan kesempitan terutamanya yg datang dr jauh, memiliki kesibukan dan perbelanjaan yg tinggi. Berdasarkan pandangan ramai dr kalangan ulama peneliti (muhaqqiq) dan fuqahaa berbagai mazhab dan pandangan yg diamal dan difatwakan ialah sah tawaf wanita berhaid dlm keadaan terpaksa spt ini* berdasarkan kaedah "sesuatu kesukaran, mendatangkan kemudahan. Apabila menjadi sempit sesuatu perkara, maka ia boleh menjadi luas (diberikan keluasan dan kemudahan).
8. Di kalangan fuqahaa juga ada yg berpandangan perlu disembelih seekor kambing jika ia berlaku bagi tawaf umrah, sembelih seekor unta bagi tawaf ifadah haji, mereka ialah ulama mazhab Hanafi dlm pandangan alMu'tamad atas dasar meninggalkan taharah (suci) ditampong dgn dam, krn ia termasuk kewajipan tawaf bukan dr syarat2nya. Ulama mazhab Hanafi meriwayatkan pandangan ini drpd Ibn 'Abbas RA. alImam Abu Ya'qub alAbiwardi الأبيوردي menyebut pandangan ini dr satu wajah dlm mazhab Syafi'ie pd tawaf wada'. Sekalipun ulama mazhab Syafi'ie tidak berpegang dengan pandangan ini. Pandangan ini juga berdasarkan satu riwayat dr Imam Ahmad. Ulama mazhab Maliki juga me"nas"kan atas taqlidnya dan bahawa mengambil pandangan i i adalah kandungan dr kemudahan yang ada di dlm agama. Ulama mazhab Syafi'ie juga me"nas"kan pandangan ini adalah yg lebih berhati2 الأحوط.
Namun di kalangan fuqahaa lain ada yg tidak mewajibkan dam sama sekali, atas alasan:
i. Wanita tersebut seorg yg berada dlm keuzuran sptmana yg diriwayatkan drpd 'Aisyah RA. Hal ini telah diriwayatkan oleh 'Atho bin Abi Rabah yg merupakan individu yg lebih alim atau lebih tahu berkaitan alManasik. Inilah juga kandungan dr pandangan 'Atho bin Abi Rabah dan Ibrahim alNakha'ie pd menghukum sahih tawaf seorg perempuan yg berhaid ketika melaksanakan tawaf
Inilah juga pandangan alHakam bin 'Utaibah, Hammad bin Abi Sulaiman, Mansur bin alMu'tamir dan Sulaiman alA'mashy sptmana yg dinukilkan oleh Imam ulama hadis Syu'bah bin alHajjaj. Inilah juga pandangan yg difatwakan di sisi pemimpin ulama mazhab Maliki sebagai "takhrijan" atas apa yg diriwayatkan oleh ulama Maliki Basriyyun dr Imam Malik yg menjadikan tawaf qudum sebagai ganti dr tawaf ifadah bagi sesiapa yg bermusafir (pulang) ke negaranya dan terlupa melaksanakan tawaf ifadhah. Ia juga diriwayatkan dr imam Ahmad dan menjadi pilihan alSyeikh Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn alQayyim.
ii. Atau kerana berpandangan taharah utk tawaf adalah sunat bukan satu yg wajib. Inilah pandangan Imam Muhammad bin Syuja' alThulaji dr imam mazhab Hanafi dan pandangan Imam alMughirah bin 'Abd alRahman alMakhzumi, seorg faqih penduduk Madinah slps Imam Malik. Demikian juga satu riwayat dr Imam Ahmad, melainkan ada juga di kalangan fuqahaa mereka yg tidak menjadikan pandangan sunat toharah utk tawaf ini sebagai satu yg dapat menggugurkan dam.
iii. Terdapat beberapa athar dr Salaf menunjukkan *sah tawaf wanita berhaid*, salah satunya:
Berdasarkan riwayat drpd 'Atha yg berkata:
حاضت امرأةٌ وهي تطوف مع عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها، فأتمَّت بها عائشةُ بقيةَ طوافِها
Maksudnya: "seorg wanita berhaid ketika di tawaf bersama 'Aisyah ibu org2 yg beriman RA, maka 'Aisyah menyempurnakan baki tawafnya dgn wanita tersebut." Ibn Hazm di dlm alMuhalla 5/189 cetakan Dar alFikr dan Ibn alQayyim di dlm alI'lam 4/372 cetakan Dar Ibn alJauzi, Ibn Jama'ah di dlm Hidayah alSalik 3/917 dan alZaila'ie di dlm Nasb alRayah 3/128. Di sisi Ibn Jama'ah dan alZaila'ie dgn lafaz: "dan 'Aisyah menyempurnakan dgn wanita tersebut (yg berhaid) sunnah tawafnya."
Setelah menyebut riwayat ini, Ibn Hazm berkata: "ini ibu org2 beriman, tidak melihat taharah itu sebagai satu syarat tawaf." Isnad riwayat ini Musalsal antara para imam lagi athbath.
KESIMPULAN;
Jika seseorg wanita berhaid sebelum tawaf ifadhah atau seorg wanita yg melaksanakan umrah (tanpa haji) berhaid sebelum melaksanakan tawaf umrah. Maka dia menunggu waktu berhenti darah haid ketika dlm tempoh haid atau dia mengambil ubat bagi menghalang darah keluar pd kadar dapat melaksanakan tawaf, (bila darah berhenti) dia mandi dan lakukan tawaf ketika suci tersebut sbg mengambil pandangan alTalfiq yg menjadikan suci antara haid adalah dikira tempoh suci, sebagaimana mazhab ulama Malik, Hambali dan satu pandangan ulama syafi'ie. Jika dia tak melakukan hal ini (ambil ubat) dan darah haidnya tidak berhenti keluar, dia pula tidak mungkin dapat menunggu sehingga suci kerana ada halangan, maka yang lebih berhati2 spt yg disebut oleh ulama mazhab syafi'ie dan yg terkandung dlm kemudahan syariat seperti yg dikatakan oleh ulama Maliki, dan inilah yg diamal dan difatwakan; wanita itu boleh melaksanakan tawaf setelah memastikan dia tidak akan mengotorkan masjidil haram, tiada dosa ke atasnya kerana dia seorg yg memiliki keuzuran yg tidak boleh dielak. Digalakkan baginya menyembelih unta sebagai keluar dr khilaf spt ulama Hanafi yg mewajibkan. Jika tidak dapat, maka (digalakkan) sembelih seekor kambing spt pandangan ulama Hambali dlm satu riwayat. Jika sukar utk melakukan sembelihan *tidak mengapa* berdasarkan apa yg diriwatkan dr Sayyidah 'Aisyah RA dan sekumpulan Salaf. Inilah pandangan yg dipilih oleh beberapa fuqahaa yg mengatakan taharah utk tawaf adalah sunat atau wajib yg gugur ketika ada keuzuran. Inilah satu riwayat dr Imam Ahmad dan telah difatwakan oleh sekumpulan ulama mazhab Hambali.