Soalan:
Selipar bagimana yg dilarang ketika ihram?
Jawapan:
Secara umum terdapat 3 jenis selipar atau kasut yg digunakan.
1. Apa2 yg menutup keseluruhan kaki merangkumi dua buku lali. Ia diharamkan. alImam alNawawi mendakwa telah berlaku ijmak dlm pengharaman ini disebabkan ada hadis sahih lagi jelas yang melarangnya.
2. Selipar atau sandal yg menzahirkan tumit dan hujung jari2 kaki TIDAK MENGAPA. Di dalam 'I'anah alTalibin dr ulama mazhab alSyafie dinyatakan:
ما ظهر منه العقب ورؤوس الأصابع يحل مطلقا، وما ستر الأصابع فقط، أو العقب فقط: لا يحل إلا مع فقد النعلين
Maksudnya: "apa2 yg terzahir drnya tumit dan hujung jari-jari dibolehkan secara mutlaq. Apa2 yg menutup jari-jari kaki sahaja, atau menutup tumit sahaja, tidak dibolehkan melainkan dlm keadaan ketiadaan dua selipar."
Di dlm Tuhfah alMuhtaj 4/162 dinyatakan:
وَالْمُرَادُ بِالنَّعْلِ : التَّاسُومَةُ ، وَمِثْلُهَا : قَبْقَابٌ لَمْ يَسْتُرْ سَيْرُهُ جَمِيعَ الْأَصَابِعِ
Maksudnya: "dan yang dimaksudkan dgn selipar: (ialah) alTasumah dan seumpamanya: (spt) Qabqab yg talinya tidak menutup keseluruhan jari-jari kaki."
3. Kasut yg tidak menutup dua buku lali, akan tetapi menutup bahagian baki kaki yg lain spt jari2, atas kaki dan tumit.
Hukum memakai kasut spt ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama disebabkan wujud kesamaran antaranya dgn khuf dan selipar. Bagi ulama yg melihat kpd sifatnya yg menutup kebanyakan bahagian kaki, menyamakannya dgn khuf yg menjadikannya dilarang dr dipakai oleh seseorg yg berihram. Ulama yg melihat ia tidak menutup dua buku lali menyamakannya dengan selipar yg menjadikannya harus dipakai oleh seseorg yg berihram.
Namun majoriti ulama berpandangan diharamkan seseorg yg berihram memakai apa2 yg menutup kaki sekalipun tidak menutup dua buku lali, sama ada ia menutup seluruh jari2 atau menutup seluruh dua tumit atau menutup atas kaki.
Kata Abu Ishak alSyirazi RH:
فان لبس الخف مقطوعاً من أسفل الكعب مع وجود النعل : لم يجز على المنصوص ، وتجب عليه الفدية ... ؛ لأنه ملبوس على قدر العضو ، فأشبه الخف
Maksudnya: "maka jika seseorg memakai khuf yg dipotong di bahagian bawah dr buku lali dlm keadaan adanya selipar (selipar lain yg boleh dipakai), (ia) tidak dibolehkan berdasarkan alMansus, wajib ke atas org spt ini fidyah (bayar dam)... kerana kasut spt ini dipakaikan atas kadar satu anggota kaki maka disamakannya dgn khuf." (alMuhazzab 1/381)
Kata alImam alNawawi RH:
وَأَمَّا لُبْسُ الْمَدَاسِ وَالْجُمْجمِ وَالْخُفِّ الْمَقْطُوعِ أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ ، فَهَلْ يَجُوزُ مَعَ وُجُودِ النَّعْلَيْنِ ، فِيهِ وَجْهَانِ مَشْهُورَانِ ذَكَرَهُمَا الْمُصَنِّفُ وَالْأَصْحَابُ ، الصَّحِيحُ بِاتِّفَاقِهِمْ : تَحْرِيمُهُ ، ... وَهُوَ مُقْتَضَى قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ السَّابِقِ : ( فَمَنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا حَتَّى يَكُونَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ) " .
Maksudnya: "dan adapun alMadas, alJumjim dan khuf yg dipotong bahagian bawah dr dua buku lali, apakah harus sekalipun selipar masih ada? Ada dua wajah (pandangan ashab mazhab alSyafi'ie) yg masyhur yg telah disebut oleh penulis alMuhazzab dan para Ashab. Yg sahih dgn kesepakatan mereka semua adalah haram... inilah kandungan dr sabda Nabi SAW dlm hadis sahih yg lalu (iaitulah): "Sesiapa yg tidak mendapati adanya selipar, maka pakailah dua khuf dan potongkan sehingga terbuka dua buku lali)" (alMajmu' 7/258)