Soalan:
Bagaimana klu nak solat jenazah tapi tak ingat atau tak hafal doa selepas takbir ketiga?
Jawapan:
Tak ada masalah, anda berdoa sahaja dalam bahasa melayu memohon keampunan, rahmat, kemaafan dan kesejahteraan utk jenazah spt kandungan doa yg Nabi SAW ajarkan.
Sekalipun yg sepatutnya, dipelajari doa jenazah utk diamalkan sptmana yg diambil dr baginda SAW iaitulah dalam bahasa 'Arab.
Namun jika tak berkesempatan krn lupa atau seumpamanya, jgnlah berdiam diri sahaja. Jadilah seorg yg dpt memberi manfaat kpd org lain menurut kemampuan kita. Dlm situasi solat jenazah yg anda mampu lakukan ialah berdoa dlm bahasa Melayu. Maka berdoalah untuk jenazah dlm bahasa Melayu atau apa2 bahasa yg anda mampu.
Hal ini kerana ruang berdoa di dlm solat diberi keluasan hatta dlm solat fardhu asalkan jangan ditinggi dan dijelaskan suara ketika membacanya bagi keluar dr khilaf.
Beberapa ulama ada menyebutkan hal ini, antara mereka ialah alSyeikh 'Abd alMuhsin bin Hamd al'Abbad alBadr. Ketika ditanya ttg hukum berdoa dlm solat jenazah dgn selain bahasa Arab, beliau menjawab:
الأصل أن الإنسان يتعلم الأدعية الشرعية باللغة العربية، وإذا لم يتمكن من ذلك فإنه يدعو بأي لغة
Maksudnya: "Pada asalnya seseorg insan hendaklah mempelajari doa2 yg disyariatkan (dan mengamalkannya) dgn bahasa 'Arab. Namun apabila tiada kemampuan, maka dia berdoa dgn apa2 bahasa (yg diketahuinya)."