SDI 0692: Hukum Puasa Orang Pengsan Siang Ramadan

Soalan: 
 
Org pengsan sah tak puasa mereka?
 
Jawapan: 
 
Imam alSyafi'ie dan Ahmad berpandangan orang pengsan ada dua jenis: 
 
1) pengsan sepanjang siang, sebelum terbit fajar hingga tenggelam matahari. Orang seperti ini tidak sah puasanya pada hari tersebut, dia wajib qadha kerana pengsan sama dengan sakit. Dalil tak sah puasa adalah kerana yang dinamakan puasa itu adalah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan disertai niat. Orang pengsan tidak makan dan minum tanpa niat. 
 
2) pengsan bukan sepanjang siang, jika sedar seketika pada siang hari sekalipun, pagi atau petang, maka SAH puasanya. Kata al-Imam alNawawi ketika menyebut perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini:
 
أصح الأقوال، يشترط الإفاقة في جزء منه
 
maksudnya: "Dan pandangan yang Asah, disyaratkan sedar sekalipun satu juzu' (seketika) pada siang hari." (alMajmu' 6/346) Inilah juga pandangan yang dipilih oleh Ibn 'Uthaimin RH di dalam alSyarh alMumti' 6/365.

Cetak  
Wallahu a'lam