SDI 0677: Ragu Nak Terus Puasa Atau Nak Batalkan

Soalan: 
 
Salam Ustaz. Jika sedang berpuasa (qadha puasa Ramadhan/puasa sunat), kadang2 timbul rasa nak makan, nak berbuka, nak ganti hari lain. Cuma tiadalah tekad betul2 nak berbuka. Seolah-olah perasan berbolak-balik nak ganti hari. Puasa tersebut batal atau tidak? Terima kasih ustaz.
 
Jawapan: 
 
Jika jazamkan niat nak berbuka, maka puasa itu terbatal dengan adanya keazaman untuk berbuka. Inilah pandangan ulama mazhab Maliki dan Hambali, berbeza dengan ulama mazhab Hanafi dan Syafi'ie. Puasa itu batal kerana amalan adalah berdasarkan niat. Apabila ada keazaman niat untuk berbuka maka batallah puasanya. 
 
Namun jika masih dalam keadaan ragu sama ada nak teru berpuasa atau nak berbuka, berdasarkan pandangan yang lebih kukuh seperti yang dipilih oleh Ibn 'Uthmain (Majmu' alFatawa 19/188) dan Ibn Jibrin (Syarh 'Umdah alAhkam 38/27), ialah TIDAK BATAL puasa tersebut. Kata Imam alNawawi RH:
 
وَلَوْ تَرَدَّدَ الصَّائِمُ فِي قَطْعِ نِيَّةِ الصَّوْمِ وَالْخُرُوجِ مِنْهُ ... الْمَذْهَبُ وَبِهِ قَطَعَ الْأَكْثَرُونَ : لَا تَبْطُلُ
 
Maksudnya: "Jika seseorang yang berpuasa sangsi hendak membatalkan niat puasa.... berdasarkan Mazhab dan yang diputuskan oleh yang lebih ramai ulama adalah tidak batal." (alMajmu' Syarh alMuhazzab 6/297)

Cetak  
Wallahu a'lam