Soalan:
Ustaz, berapa lamakah tempoh waktu maghrib dan bilakah waktu maghrib berakhir?
Mohon pencerahan ya Ustaz.
Jawapan:
Waktu Maghrib bermula apabila tenggelamnya matahari. Ia berterusan sehingga hilangnya syafaq iaitulah warna kemerahan di kaki langit berdasarkan hadis Nabi SAW:
وَوَقْتُ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ مَا لَمْ يَغِبْ الشَّفَقُ
Maksudnya: "Dan waktu solat Maghrib selama belum hilang alSyafaq (kemerahan di kaki langit)." (Muslim 612) Tempoh waktu ini berbeza dari satu masa ke satu masa yang lain, dari satu tempat berbanding tempat yang lain, menurut pergerakan matahari.