SDI 1136: Imam Solat Isyak, Makmum Solat Maghrib

Soalan:
salam ustaz,
Tajuk: Soalan pasai jamak qasar

background (later belakang): kejadian berlaku di surau airport luar negara, imam baru selesai solat. Masa tu masiah waktu magrib. Hamba Allah ni pun nak solat magrib. Imam tak bagi, pasai depa nak solat isyak bejemmah. Hamba Allah tadi tak solat magrib lg.

soalan
1) Boleh ka Hamba Allah tu solat ikut imam (solat isyak) kemudia baru solat magrib. ?
2) Apa yg terbaik hamba Allah tadi buat.(hamba Allah tadi dah tau, yg imam akan solat isyak) ?

Jawapan:

1) hamba allah tu berhak solat bersendirian. Terutama ketika berhadapan dgn imam spt itu.

2) klu hamba allah itu juga bermusafir, BOLEH dia mendahulukan isyak sebelum maghrib, jika nak ikut solat bersama jemaah.

3) tiada masalah bg seorg makmum yg nak solat maghrub ikut imam solat isyak. Dia boleh buat salah satu dr dua cara di bawah spt yg disebut oleh alNawawi dlm alMajmu':

i) solat bersama imam, apabila imam bangun utk buat rakaat keempat, makmum tadi kekal duduk dan niat mufaraqah dr imam utk selesaikan solatnya.

ii) makmum duduk tahiyyat akhir, bertasyahhud, berselawat dan memperbanyakan doa menunggu imam selesaikan rakaat keempatnya dan memberi salam bersama imam. Isyarat perlakuan spt ini ada dlm perlaksanaan solat Khauf.


Cetak  
Wallahu a'lam