Beli Kambing Korban Belum Dikira Ta'yin Haiwan

Soalan:

Assalam ustaz,,, dah beli dah lembu untuk qurban,,, kena hari nak buat qurban ditukar kepada lembu lain,, bolih dak

Jawapan:

Uama berbeza pandangan apakah dengan semata-mata membeli haiwan korban, bermakna telah berlaku ta'yin haiwan tersebut untuk korban.

InsyaAllah, SEMATA-MATA membeli haiwan dengan niat hendak buat korban TIDAK menjadikan hukum ta'yin haiwan korban. Ta'yin korban berlaku apabila dilafazkan seperti berkata: "Haiwan ini adalah korban aku untuk tahun ini" atau lafaz-lafaz lain seumpamanya. Justeru masih boleh ditukar kepada haiwan lain, terutamanya jika yang ditukar itu lebih baik dari sebelumnya.


Cetak  
Wallahu a'lam