Meninggal Dunia Sebelum Sempat Qadha Puasa

Soalan: 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
maaf ganggu Ustaz. ganti puasa wajib utk arwah ayah, boleh kah cucu cicit tolong gantikan juga atau hanya anak2 dan waris? fidyah telah di bayar 
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا Ustaz

Jawapan: 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Puasa seseorang yang mati dalam keadaan memiliki ruang untuk qadha puasanya, namun dia tidak mengqadhakannya, lalu meninggal dunia, sunat dilaksanakan qadha tersebut oleh anaknya. Inilah pandangan yang benar menurut al-Imam al-Nawawi RH kerana ia disokong dengan hadis sahih dari Nabi SAW. 

Ulama berbeza pandangan bolehkah selain anak menggantikan qadha puasa seseorang seperti kes di atas? InsyaAllah boleh setelah mendapat keizinan dari anak-anak arwah seperti yg dinyatakan oleh sebahagian ulama.


Cetak  
Wallahu a'lam