Soalan:
Salam tuan, adakah membaca surah Al Kahfi secara beransur2 pada setiap hari jumaat dimaksudkan dengan membaca surah tersebut ? Beransur2 ini saya maksudkan dgn pada setiap hari jumaat saya baca surah Al Kahfi dua muka surat contohnya dan tidak dihabiskan dan disambung bacaannya pada jumaat berikutnya. JazakAllaah khayr.
Jawapan:
Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Baca surah alKahfi beransur-ansur pada hari Jumaat yang sama sehingga habis, insyaallah termasuk orang yang membacanya pada hari Jumaat dan berhak mendapat kelebihan yang dijanjikan. Adapun orang yang membaca dua muka pada satu Jumaat, kemudian membacanya atau menyambung dua muka lagi pada hari Jumaat minggu depan, tidak termasuk dalam orang yang membaca satu surah sempurna pada hari Jumaat dan tidak mendapat kelebihan yang dijanjikan.